Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kehilangan orang tercinta amat lah perit untuk ditelan. Tambahan pula individu tersebut bergelar suami, yang sentiasa ada di sisi dalam jatuh bangun kehidupan.
Ini lah saat yang sedang dilalui oleh Bunga Citra Lestari (BCL) yang masih terkesan dengan pemergian suami tercinta Ashraf Sinclair pada beberapa hari lalu.
BCL MASIH BELUM MAMPU UNTUK TIDUR
Rakan artis yang juga penyanyi iaitu Afgan memberitahu umum bahawa BCL masih belum mampu untuk memejamkan mata sejak Ashraf pergi menghadap Ilahi.
Kisah keadaan yang dilalui oleh BCL itu dikongsikan oleh Afgan selepas dia menghadiri majlis tahlil untuk Ashraf di kediaman BCL yang terletak di Pejaten Barat, Jakarta Barat pada malam tadi.
KEADAAN SEMAKIN BAIK, BCL DAH BOLEH BERBUAL
Afgan dalam perkongsiannya memberitahu BCL nampak lebih baik berbanding sebelum ini. Dia sudah pun mampu untuk berbual. Cuma keadaan badannya yang terlalu penat dan tidak cukup tidur. Begitu juga keadaan Noah yang semakin baik dan sudah mampu terima pemergian ayahnya.
BACA: Benar-benar Merobek Perasaan! Setiap Wanita Impikan Seorang Suami Seperti Ashraf Sinclair
Kelihatan ramai tetamu yang hadir masing-masing membawa anak kecil untuk menemani dan bermain dengan Noah bagi mengubat rasa sedih. Tambah Afgan, dia seolah tidak percaya dengan berita yang didengar.
MAJLIS TAHLIL DIADAKAN SECARA TERTUTUP
Dia baru sahaja bertemu dengan Allahyarham dua minggu lepas. Sepatutnya mereka hanya berjumpa sekejap namun ianya menjadi berjam-jam. Suatu petanda yang tanpa kita sedar.
Difahamkan majlis tahlil yang diadakan malam tadi berlangsung secara tertutup. Ianya hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan juga rakan artis.
Konklusinya, sayangi dan hargai lah insan yang kita cintai selagi hayat dikandung badan. Persiapkan diri dengan amal kebaikan sebagai bekalan kerana kemtian itu adalah rahsia Tuhan yang tidak dapat kita jangkakan.
Kredit: Berita Harian