Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Awal bulan lalu, penerbit terkenal tanah air iaitu Datuk A. Aida mengejutkan ramai pihak terutama peminatnya apabila berani tampil di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) dengan imej yang baru.
IMEJ BARU A. AIDA DI AJL 34 KEJUTKAN PEMINAT
Umum mengetahui bahawa dia sudah pun menegenakan hijab ketika masih bergelar isteri kepada Ariff Aziz. Walau bagaimana pun imej bertudung itu tidak kekal lama apabila dia memilih untuk kembali freehair setelah berpisah dengan suami baru-baru ini.
Enggan menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat, dia mengakui sudah membuka tudung sejak beberapa bulan yang lalu. Dia turut meminta orang ramai mendoakan yang terbaik sahaja buatnya ketika ini.
MACAM GORENG PISANG PANAS, 7 LELAKI CUBA MENDAMPINGI
Kehidupan A. Aida menjadi perhatian media sejak kisah rumah tangga yang dibina bersama Ariff Aziz hanya sempat bertahan 9 bulan sahaja. Menyapa soal jodoh, dia memberitahu bahawa lebih selesa untuk hidup secara bersendirian buat masa ini.
Akuinya bukan tak laku, sebenarnya ramai sahaja lelaki yang cuba mendampingi diri. Jelas penerbit ini, terbaru tujuh orang lelaki datang memikat sejurus sahaja dia mengumumkan tidak lagi berhijab. Walau bagaimanapun dia menolak dengan cara baik.
Seloroh A. Aida, jika mahukan cintanya, lelaki tersebut perlu lah berbadan sado dan mempunyai six pack. Kalau perut boroi, minta maaf dia memang tak berminat.
Buat masa ini, dia lebih selesa hidup solo. Tetapi tidak menolak jika jodoh tiba lebih awal. Jodoh pertemuan semuanya terletak di tangan Tuhan.
LEBIH SELESA JADI DIRI SENDIRI
Soal membuka tudung pula, dia mengambil masa seminggu memikirkan kesan jika dia berbuat demikian. Disebabkan faktor selesa dengan penampilan sedemikian, dia langgar juga meskipun tahu kesan yang bakal menimpa diri.
Tambahnya dia tahu soal dosa tapi hanya ingin jadi diri sendiri. Sebelum ini dia mengenakan hijab disebabkan suami dan taat kepadanya.
RAMAI PUJI, ADA YANG CAKAP MACAM J-LO
Dari segi penjagaan badan pula, bukan mudah untuk penerbit berusia 49 tahun ini ingin mengekalkan bentuk badan fit. Berkat usaha ke gym dan juga cara pemakanan yang betul akhirnya dia berjaya mendapatkan tubuh yang diidamkan ramai wanita.
Kesimpulannya, sebagai peminat sama-sama lah kita titipkan doa agar A. Aida dibukakan pintu hati dan dipertemukan jodoh yang sesuai dengannya kelak.