Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Orang yang baik Allah akan angkat disaat dia ingin dikebumikan. Kita boleh lihat bertapa ramai yang datang menziarah dikala kita disembahyangkan kelak bagi memberikan penghormatan terkakhir buat si jenzah.
RAMAI BERDUKA SAAT KEHILANGAN ASHRAF SINCLAIR
Pemergian aktor terkenal Ashraf Sinclair turut dirasai ramai pihak selain isterinya sendiri Bunga Citra Lestara (BCL). Dan antara yang berduka dia atas pemergian aktor ini adalah pengurus Yayasan Yatim Piatu Darrul Rahman iaitu Ustaz Ahmad Habib.
Menurut Ustaz Ahmad Habib, arwh adalah individu yang memiliki sikap yang sangat pemurah. Dia juga mendedahkan bahawa Ashraf merupakan salah seorang penyumbang tetap untuk yayasan kebajikan yang diuruskannya itu.
ASHRAF PENDERMA TETAP UNTUK YAYASAN ANAK YATIM
Ustaz Ahmad Habib adalah antara individu yang hadir menziarahi BCL dan keluarga di Rumah Duka semalam. Jelasnya, kali terakhir dia berjumpa dengan Ashraf adalah dua bulan yang lalu.
Selama hayat Ashraf, dia dan keluarga terutama anaknya, Noah akan mengunjungi 78 anak-anak yatim di yayasan hampir setiap minggu untuk berkongsikan rezeki yang dia miliki.
SEORANG YANG BAIK HATI DAN TIDAK SOMBONG
Memiliki sifat baik hati dan tidak sombong dengan masyarakat membuatkan Ashraf senang untuk didekati oleh ramai pihak. Kehilangan Ashraf sangat terkesan dan menurut Ustaz Habib lagi, legasi amal jariah arwh mungkin bakal disambung oleh BCL dan juga anaknya kelak.
Sikap sebegini yang harus kita contohi. Allah tunjukkan perkara baik agar memberi peringatan buat kita bahawa amal kebaikan sepanjang hayat dapat membantu di saat alam sana kelak.
Dalam rezeki yang kita peroleh turut dimiliki oleh orang yang memerlukan yang lain. Jadi, jangan takut untuk jatuh miskin kerana nilai sedekah. Ingat lah bahawa tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.
Semoga kisah kebaikan Ashraf Sinclair ini memberi inspirasi buat kita semua agar sentiasa berkongsi rezeki dan tidak sombong dengan fakir miskin.
Kredit: Tribun