Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah pemergian aktor kacak Ashraf Sinclair telah membuka mata ramai pihak bahawa aajal itu tidak pernah mengenal usia. Allahyarham difahamkan menghmbuskan nafas terakhir pada pagi 18 Februari dikala usia baru menjengah 40 tahun.
ASHRAF SIHAT TIADA REKOD SAKIT
Ashraf meninggalkan seorang balu, Bunga Citra Lestari (BCL) dan anak tunggal mereka iaitu Noah Sinclair. Sehingga saat ini ramai peminat tertanya-tanya masalah yang dihadapi Ashraf dan juga penyakit yang pernah dialami.
Namun, jelas Doddy yang juga pegurus BCL, Ashraf sangat sihat dan langsung tidak mempunyai rekod sakit. Sebaik sahaja perkhabaran mengenai pemergian Ashraf ini, ramai rakan artis berkerumun memberikan penghormatan terakhir.
BACA: Macam Tak Percaya! Pengurus BCL Dedah Ashraf Sinclair Tiada Rekod Penyakit, Dia Paling Sihat
BEKAS ISTERI AHMAD DHANI CERITA KRONOLOGI PEMERGIAN ASHRAF
Antara yang dapat dilihat adalah bekas isteri Ahmad Dhani, Maia Estianty. Memandangkan pihak media tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah untuk membuat liputan, mereka hanya sempat menemu ramah Maia tentang kisah kronologi Ashraf.
Mengikut laporan Tribun, Maia menceritakan kejadian berlaku sangat pantas. Malam sebelumnya BCL ada terlibat dengan program Indonesia Idol dan menjadi juri pada malam berkenaan.
BCL KE BILIK AIR TERLEBIH DAHULU
Menurut Maia, pulang sahaja dari program tersebut, BCL ke bilik air untuk membersihkan mukanya. Kemudian cuba mengejutkan Ashraf namun langsung tidak memberikan apa-apa respon.
JANGAN PANDANG MUDAH SOAL JANTUNG
Justeru, jangan dipandang remeh dengan perihal kesihatan. Mungkin dari segi luaran kita nampak sihat tetapi dalaman siapa yang sangka. Kita juga sering dikejutkan dengan cerita selebriti muda mengalami masalah jantung.
Sama-sama kita menjaga kesihatan dan buat BCL, semoga terus kuat dalam menerima khabar sedih ini.
Kredit: Tribun