Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Benar-benar Merobek Perasaan! Setiap Wanita Impikan Seorang Suami Seperti Ashraf Sinclair

Kehilangan orang yangΒ  tersayang merupakan sesuatu perkara yang sangat perit untuk digambarkan. Apatah pula bergelar suami yang sentiasa menemani dan ada di sisi setiap waktu.

Itu lah yang dilalui oleh pelakon dan penyanyi cantik Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) apabila suaminya Ashraf Sinclair pergi dalam keadaan mengejut tanpa dia duga.

SETIA SELAMA 11 TAHUN TANPA GOSIP NEGATIF

Dengan kehilangan suami tercinta setelah hampir 11 tahun mereka bina rumah tangga bersama sudah pasti benar-benar merobek hati BCL. Yang mana sebelum ini dia pernah beritahu umum yang dia tidak dapat gambarkan bagaimana kehidupannya kelak tanpa Ashraf Sinclair di sisi.

Menangis air mata darah sekali pun, dia tetap perlu redha dengan pemergian suaminya itu bagi meneruskan kehidupan sebagai hambaNya di atas muka bumi ini.

Sebagai tanda cintanya terhadap suami, BCL turut dilihat menempah ruang liang lahad bersebelahan dengan Ashraf Sinclair yang bernilai RM 75,000.

BACA: Cinta Sampai Hujung Nyawa! BCL Tempah Liang Lahad RM75K Untuk Dirinya Bersebelahan Ashraf Sinclair

Selama pasangan ini bersama, langsung tidak pernah dengar kisah gosip negatif antara mereka berdua. Hanya kisah-kisah romantis sahaja bertebaran di media sosial menunjukkan kedua mereka benar-benar komited antara satu sama lain.

ALLAHYARHAM SERING MENEMANI DAN MENYOKONG KERJAYA ISTERI

Ashraf sebelum ini sering memberi sokongan buat BCL dalam setiap persembahan dan juga mana-mana acara yang disertai oleh isterinya itu. Bertapa sayang dan cintanya Ashraf kepada BCL.

Begitu juga dengan BCL apabila dia pernah menciptakan sebuah lagu yang berjudul Wanita Terbahagia bagi menggambarkan perasaannya memiliki rumah tangga yang indah bersama suami dan juga anak tunggal mereka, Noah.

Ramai yang mendambakan suami yang berpewatakan dan bersifat seperti Allahyarham Ashraf Sinclair ini. Meletakkan isteri di suatu tempat yang tertinggi dalam hidupnya adalah perkara yang jarang dibuat oleh kebanyakan lelaki.

Secara keseluruhannya, terluka berpisah dengan suami adalah perkara yang paling ditakuti ramai wanita. Apa pun yang pergi tetap akan pergi dan hanya iringan doa yang mampu membantu mengubati perasaan rindu.

Kredit: Twitter ibcig, mira

Kongsi artikel ini: