Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Baru masuk seminggu pelawak terkenal Abam Bocey kembali ke rahmatullah. Sejak hari pertama Allahyarham pergi, bermacam-macam kisah kebaikan yang dia tinggalkan sehingga terkesan kepada orang ramai.
Namun terbaru lain pula khabar yang didengar berkaitan keluarga yang dia tinggalkan. Arwh pergi meninggalkan seorang balu iaitu Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia 8 bulan.
ALI PUTEH BERANG DENGAN KAKAK IPAR
Terkejut! Itu lah yang dapat digambarkan apabila adik Abam iaitu Ali Puteh ada memuat naik status di instagramnya beberapa jam yang lepas seolah-olah tidak berpuas hati kepada kakak iparnya, Hidayah.
Status itu menyifatkan kakak iparnya berhati binatang kerana berebutkan harta peninggalan Abam sebelum ini. Walau bagaimanapun dia dilihat sempat memadam status berkenaan beberapa minit kemudian.
DIFAHAMKAN BERPUNCA DARI TEMUBUAL ALIFF SYUKRI
Difahamkan ketegangan ini berlaku berikutan masuk campur atau pun temubual usahawan kosmetik terkenal tanah air iaitu Dato’ Seri Aliff Syukri.
Awalnya usahawan tersebut ada membuat rakaman video live yang datang melawat isteri Abam, Hidayah di rumahnya untuk bertanyakan khabar. Dapat dilihat Aliff sempat menghulurkan sumbangan.
Mungkin soalan Aliff Syukri di akhir bicara yang terlalu sensitif menyebabkan Ali rasa terkilan da tidak sepatutnya berlaku.
CABAR ALIFF SYUKRI UNTUK BERSEMUKA
Kemudiannya Ali sekali lagi memuat naik status seolah-olah tidak berpuas hati dengan tindakan Aliff.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat meninggalkan nasihat agar masalah antara keluarga Ali dan kakak iparnya diselesaikan secara baik. Mereka juga menyelar tindakan Aliff Syukri yang kurang sensitive bertanyakan soalan yang tidak sepatutnya kepada Hidayah.
Justeru, kita sebagai orang luar dan juga peminat hanya mampu mendoakan kemelut ini dapat diselesaikan secara baik.
Sumber: Instagram Ali Puteh