Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Namanya mula dikenali menerusi lakonan mantap sebagai Eddy dalam filem Gol & Gincu. Dia ialah Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamad Sinclair. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris membuatkan pelakon kacak ini mudah untuk mencipta nama dalam industri hiburan.
Beberapa tahun bergelar artis, pada November 2008 dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noah pada tahun tahun 2010.
ASHRAF SINCLAIR KEMBALI MENEMUI PENCIPTA
Namanya masih segar dalam ingatan peminat apabila sering memegang watak lelaki Mat Saleh dalam drama tanah air. Namun siapa menyangka, di usia 40 tahun Ashraf Sinclair dikhabarkan telahpun kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.
Menurut laporan kompas.com, pelakon berkenaan yang semakin terkenal mencipta nama di negara jiran meningal dunia akibat serangan jantung. Mengejutkan ramai pihak terutama ahli keluarga terdekat kerana ianya tidak memberikan apa-apa tanda sebelum ini.
IBU ASHRAF DALAM PERJALAN KE JAKARTA
Berita ini disampaikan sendiri oleh pengurus Bunga Citra Lestari iaitu Doddy. Dalam pada itu, ibu Ashraf, Khadijah Abdul Rahman mengesahkan menerusi aplikasi whatsapp mengesahkan mengenai perkhabaran pemergian anaknya itu.
RAKAN ARTIS TURUT TERKEJUT DENGAN BERITA INI
Melihat kepada laman instagram Allahyarham, ramai rakan artis dan juga peminat tidak putus menyampaikan salam takziah buat keluarga terutama Bunga Citra Lestari di atas berita ini.
Setakat ini, pihak media masih belum menerima maklumat lanjut berkaitan serangan jantung yang dihidapi Allahyarham.
Sama-sama kita titipkan Al-Fatihah buat arwh dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Kredit: Kompas.com dan mStar Online