Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Hidup sebagai berpasangan adalah lumrah kerana manusia ini diciptakan dengan hawa nafsu dan juga diwujudkan rasa kasih sayang dalam diri.
Jadi agak mustahil jika seseorang itu langsung tidak ada perasaan untuk berkasih sayang atau pun lebih tepat lagi mempunyai kekasih hati sebagai peneman hidup.
ATIKAH SUHAIME BELANJA WAJAH KEKASIH BARU
Selebriti antara individu yang tidak dapat lari dari kisah cinta. Termasuk lah pelakon cantik kelahiran Tampines, Singapura ini iaitu Nur Atikah binti Mohd Suhaime.
BACA: Belanja foto baru di tahun baru! Atikah Suhaime “suka” baca pandangan netizen terhadap imejnya
Sebelum ini dia pernah menjadi bualan hangat netizen gara-gara kisah cintanya dengan penyanyi tersohor Awi Rafael apabila hubungan mereka terputus di tengah jalan pada Mac 2019 dan ketika itu sedang menghitung hari untuk diijab kabulkan.
Enggan membiarkan kisah lama membelenggu diri, Atikah dilihat sudah pun menemui pengganti yang mampu memberi kebahagiaan buat dirinya.
Sebelum ini dia ada memberi gambaran yang sedang mengenali hati seseorang tetapi enggan mendedahkan identiti individu tersebut atas alasan masih dalam tempoh pengenalan.
PILIH AHLI PERNIAGAAN BERPANGKAT DATUK
Akhirnya beberapa hari lepas, dia dilihat ada berkongsikan gambar bersama buah hati barunya itu yang menjadi tanda tanya selama ini. Bukan calang-calang jejaka yang berjaya menambat hati bintang filem Volkswagen Kuning ini.
Difahamkan kekasih Atikah Suhaimi merupakan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Lokman Teh.
Sudah pasti dengan perkongsian gambar ini menarik perhatian ramai pihak terutama peminatnya. Mereka dilihat gembira dengan pilihan Atikah Suhaime. Rata-rata mendoakan yang terbaik buat pasangan ini dan kekal bahagia sehingga ke jingang pelamin.
Semoga Atikah Suhaime dapat jadikan kisah lampau sebagai pengajaran dalam membina hubungan yang lebih baik bersama Datuk Lokman. Apa pun tahniah penulis ucapkan.
Kredit: Instagram Atikah Suhaime