Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Macam Tak Percaya! Pengurus BCL Dedah Ashraf Sinclair Tiada Rekod Penyakit, Dia Paling Sihat

Berita pemergian pelakon terkenal, Ashraf Sinclair mengejutkan ramai pihak terutama ahli keluarga dan juga isterinya sendiri, Bunga Citra Lestari. Kisah Ashraf ada penulis kongsikan dalam artikel sebelum ini.

BACA: Tanpa Diduga, Pelakon Ashraf Sinclair Kembali Ke Rahmatullah! Rakan Artis Titip Ucapan Buat Bunga Citra Lestari

Berita permergian Ashraf Sinclair ini diberitahu sendiri oleh pengurus peribadinya iaitu Doddy. Menurut Doddy, Ashraf dijemput menemui Sang Pencipta awal pagi tadi dan disahkan pihak hospital pada jam 4.50 pagi waktu tempatan selepas mengalami masalah jantung.

Ashraf Sinclair, BCL dan anak mereka, Noah

ASHRAF TIADA SEJARAH SAKIT, DIA YANG PALING SIHAT

Mengikut penjelasan Doddy, keluarga dan juga saudaranya yang lain tidak menyangka Ashraf akan pergi secepat ini memandangkan dia tidak mempunyai rekod sebarang penyakit bahkan masalah jantung.

“Dia tiada penyakit dan sangat sihat. Tiada sejarah. Di antara kami semua, dia adalah yang paling sihat.” Jelas Doddy.

Disoal keadaan isteri, Bunga Citra Lestari, Doddy sendiri masih tidak dapat menerangkan keadaan terkini BCL yang masih dalam keadaan berduka dan terkejut dengan berita yang menimpanya. Sebelum ini mereka dilihat sempat bercuti ke Amerika Syarikat dan bertemu adik Ashraf di sana.

Doddy, pengurus BCL dan Ashraf

LOKASI PENGBUMIAN MASIH BELUM DITENTUKAN

Untuk pengbumian jenzah pula, buat masa ini tidak dapat dipastikan lagi lokasi yang sesuai. Itu adalah hasil persetujuan dan perbincangan dengan ahli keluarga kelak.

Difahamkan keluarga Ashraf dari Malaysia masih dalam perjalan ke Jakarta untuk melawat keadaan Ashraf kini.

Ibu dan ayah Ashraf dalam perjalanan dari Malaysia

Doddy meminta agar orang ramai mendoakan agar urusan pengbumian berjalan lancar dan untuk ahli keluarga yang ditinggalkan pula diberi ketabahan serta kekuatan untuk menghadapi saat ini.

Sesungguhnya kita adalah milik Tuhan, dan kepadaNya juga lah kita kembali. Hidup sebagai manusia penuh dengan rahsia. Setiap saat kita sebagai manusia sedang beratur dalam keadaan tidak sedar untuk menemui Pencipta kita.

Justeru, persiapkan diri dengan amal soleh dan didoakan agar pergi dalam keadaan husnul khotimah. Salam takziah buat keluarga Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari.

Kredit: Youtube MOP Channel

Kongsi artikel ini: