Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cinta Sampai Hujung Nyawa! BCL Tempah Liang Lahad RM75K Untuk Dirinya Bersebelahan Ashraf Sinclair

Cinta sampai akhir hayat! Itu sahaja lah perkataan yang boleh digambarkan kisah menyayat hati yang perlu dihadapi pelakon dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) apabila perlu menerima hakikat bahawa suaminya pergi terlebih dahulu.

KEHILANGAN ASHRAF DIRASAI SELURUH PEMINAT

Khabar berita yang mengejutkan seluruh industri tanah air dan juga Indonesia apabila dilaporkan Ashraf Sinclair telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi berikutan kegagalan jantung.

Ajal tak mengira usia apabila dikhabarkan Ashraf menghembuskan nafas dikala umurnya baru 40 tahun. Allahyarham sebelum ini sering menjaga kesihatan dan juga bersukan. Namun apa kan daya, Tuhan yang lebih menentukan.

BACA: Tanpa Diduga, Pelakon Ashraf Sinclair Kembali Ke Rahmatullah! Rakan Artis Titip Ucapan Buat Bunga Citra Lestari

BACA: Macam Tak Percaya! Pengurus BCL Dedah Ashraf Sinclair Tiada Rekod Penyakit, Dia Paling Sihat

BCL TEMPAH DUA LIANG LAHAD

Menurut laporan media Indonesia, difahamkan BCL telah pun menempah dua liang lahad iaitu untuk suami dan juga dirinya kelak secara bersebelahan. Allahyarham selamat disemadikan di tanah perkburan San Diego Hills, Indonesia seusai solat Asar petang tadi.

Kisah dua liang lahad yang dipinta oleh BCL ini disahkan sendiri oleh pegawai eksklusif San Diego Hills, Suziani Japardy menyatakan bahawa pelakon cantik tersebut meminta untuk berada di sisi suaminya pada suatu hari nanti. Dia tidak mahu menyendiri dan ingin perasaan cinta mereka turut bersemadi bersama.

TAPAK PERKBURAN BERNILAI RM 75,000

Difahamkan tapak perkburan yang ditempah oleh BCL itu bernilai RP 260 juta atau besamaan RM 75,000. Ini berikutan ianya adalah kawasan elit yang juga dikenali sebagai semiprivate. Ini lah cinta sejati yang ditunjukkan oleh BCL buat arwh suaminya.

Ianya sudah pasti tamparan hebat yang perlu dihadapi oleh BCL sendiri. Memandangkan tidak menyangka hal sebegini boleh terjadi di usia Ashraf yang sangat muda. Dapat dilihat di hadapan Rumah Duka orang ramai berpusu-pusu menziarah keluarga BCL dan memberikan kata semangat.

Salam takziah dari penulis. Semoga keluarga Ashraf dan juga BCL sendiri tabah dalam menghadapi dugaan ini.

Kredit: detikhot

Kongsi artikel ini: