Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tampak Berisi Dan Berseri! Ella berhasrat untuk memiliki zuriat sendiri dalam masa terdekat

Setiap pasangan suami isteri mestilah memasang hasrat untuk memperoleh rezeki anak anak, yang akan mengikatkan kasih sayang dalam rumah tangga. kehadiran zuriat kebiasaanya di tunggu penuh debaran tidak kira pasangan baru berkahwin mahupun yang sudah mempunyai zuriat.

BADAN BERISI, ELLA BERBADAN DUA

Tidak terlepas dengan ratu rock pujaan ramai, Ella yang dikatan sedang berbadan dua. Banyak spekulasi yang timpul apabila penyanyi ini kelihatan lebih berisi dan nampak berseri seri seakan sedang hamil.

Sumber Instagram

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Binti Aminuddin merupakan seorang penyanyi rock yang berasal dari Pulau Pinang mempunyai seorang anak angkat perempuan. Ella, 53 tahun telah pun selamat diijab Kabul dengan jejaka pilihan hati, Azhar Hussain pada 2012.

Bagaimanapun Ella telah memaklumkan bahawasanya dirinya kini tidak mengandung seperti yang telah diwar war kan di media. Menurut Ella berat badannya sedang bertambah mengikut keadaan pada ketika itu.

BERHASRAT UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Tambah Ella lagi sebagai seorang perempuan dia menginginkan zuriat daripada dirinya sendiri dan suami. Ella juga menegaskan bahawa dia telah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) demi untuk mendapatkan zuriat sendiri.

“Ella pernah juga buat IVF tau.. tapi rawatan ini memerlukan Ella untuk berehat betul betul, tapi jadual Ella pulak terlalu padat, macam mana….”
Sumber Instagram

Ella dan suami juga berusaha dengan mengambil anak angkat yang ditatang bagai minyak yang penuh bagi mendapatkan naluri keibuan sebagai seorang isteri. Usaha yang telah dibuat pasangan ini sangatlah mulia dan memberi peluang untuk anak itu merasai kasih sayang ibu bapa.

Sumber Instagram

Penulis berharap Ella teruskan usaha demi mendapatkan zuriat dan dimurahkan rezeki mereka berdua untuk menimang cahaya mata hasil perkahwinan mereka.

Sumber : Astro Gempak

 

 

Kongsi artikel ini: