Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Patut Adik Neelofa Lama Menyepi Di Media Sosial! Difahamkan Ameera Khan Kahwin Di London

Kisah kehidupan Neelofa sering menjadi perhatian ramai. Bukan sahaja kisah kerjayanya sebagai artis malah perniagaan yang diusahakannya juga turut menjadi topik bualan ramai.

BACA: “Tinggal Bersama Saya Sebulan”- Neelofa Bakal Berlakon Filem Indonesia, Siap Lantik Tutor Bahasa Lagi

Turut terkena tempias di atas populariti Neelofa ini adalah adiknya iaitu Ameera Khan. Difahamkan sebelum ini dia mula menyepi di laman sosial. Ramai yang bertanyakan ke mana hilangnya instafamous ini sehinggakan sanggup nyah aktif akaun instagramnya itu.

Sumber Instagram

GAMBAR TERBARU LITTLE MISS KHAN TARIK PERHATIAN

Setelah sekian lama berehat, Ameera dilihat membuat come back dengan memuat naik gambar-gambar terbarunya dengan gaya menarik mengalahkan model antarabangsa. Seakan memberi gambaran telah terjebak sama dalam industri peragaan.

Sumber Instagram

Walau bagaimanapun, menarik perhatian adalah spekulasi yang dicetuskan oleh netizen menerusi komen-komen yang ditinggalkan di instagram milik Ameera ini.

Dalam gambar terbaru yang dimuat naik adik Neelofa ini, ada pihak yang mencetuskan persoalan status terkini Ameera. Dia dikatakan sudah mendirikan rumah tanggan dengan jejaka pilihan dan majlis tersebut diadakan di London.

Sumber Instagram

AMEERA MENGIYAKAN STATUS PERKAHWINAN, TERUS JADI PERHATIAN

Topik ini menjadi lebih menarik apabila Ameera dilihat membalas komen itu seolah-olah mengiyakan perkara tersebut. Ada pihak lain yang seolah-olah masih tidak percaya dengan jawapan diberikan mengajukan perkara yang sama dan Ameera akhirnya hanya membalas dengan emoji senyuman.

Sumber Instagram

Ramai yang mengakui perkahwinan Ameera ini kerana ada yang perasan dia ada memuat naik kad jemputan di IG Story sebelum ini. Kerana itu lah juga dia mengambil keputusan untuk diam seketika di laman sosial .

NETIZEN UCAPKAN TAHNIAH

Dengan jawapan diberikan Ameera, rata-rata netizen mengambil peluang mengucapkan tahniah di atas perkhabaran baik ini biarpun ianya masih menjadi seribu tanda tanya ramai pihak.

Sumber Instagram

Sehingga hari ini masih belum ada kenyataan rasmi dari keluarga Neelofa berhubung status sebenar Ameera dan jejaka bernama Idzham.

Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat Ameera dan pasangan dan semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber: Instagram Ameera Khan

Kongsi artikel ini: