Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ramai pasangan yang berkahwin mendambakan si comel sebagai pengikat kasih sayang rumah tangga yang dibina. Perlu diingat bahawa anak ini amanah Allah kepada hambaNya. Bukan sekadar memberi kasih sayang malah perlu diterapkan dengan ilmu serta agama agar menjadi insan berguna.
Tidak dapat dinafikan masih ramai pasangan di luar sana diuji dengan bergelut untuk mendapatkan zuriat sendiri. Ada yang sampai makan tahun diuji tanpa merasai sendiri kasih sayang anak. Dan ada pula yang ada zuriat sendiri, tak reti pula untuk hargai.
Seperti mana dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Kdh beberapa jam yang lepas setelah ibu bapa bayi ini dipinggirkan oleh ibu bapanya sendiri.
Difahamkan ibu bapa kandung bayi ini enggan menjaganya berikutan keadaan fizikalnya tidak seperti bayi comel yang lain. Dengan berkaki pendek membuatkan ibu bapa enggan menerimanya dan dia terpaksa menempuh takdir untuk mencari penjaga yang lain.
Entah di mana nilai hati nurani dan akal waras si ibu atau bapa. Sedangkan si bayi syurga ini lah yang bakal membantunya kelak dan membawa rezeki melimpah ruah. Ini lah yang terjadi bila masih ada yang kurang faham mengenai agama dan tanggungjawab.
Menurut maklumat, bayi ini sedang dijaga di bawah pengawasan jabatan perlindungan Hospital Melaka. Dia hanya menunggu mana-mana individu yang sanggup mengambil bayi berkenaan sebagai tanggungan ataupun anak angkat.
Menjengah sahaja ke ruangan komen sudah pasti pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh warganet. Ramai yang terkilan dan marah dengan tindakan ibu bapa bayi ini kerana menjadikan keadaan fizikal sebagai ukuran dan kepentingan peribadi.
Ada yang berpendapat bahawa alasan ibu bapa tersebut tidak masuk akal. Apa pun ramai sahaja yang sanggup menjaga bayi berkenaan dan memuji kecomelannya.
Justeru, suka diingatkan bahawa anak adalah pembawa rezeki. Ada kalanya Allah datangkan sedikit ujian untuk kita rasa bersyukur dan mendekatkan diri kepadanya. Diharapkan kejadian sebegini menjadi pengajaran buat ibu bapa lain di luar sana dalam memberikan kasih sayang kepada anak.
Kredit: Facebook Muhammad Kdh