Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

“Tinggal Bersama Saya Sebulan”- Neelofa Bakal Berlakon Filem Indonesia, Siap Lantik Tutor Bahasa Lagi

Semakin hari semakin banyak kejayaan yang diraih oleh bekas pengacara MeleTop, Noor Neelofa Mohd Noor. Bukan sahaja cantik malah bijak dalam mengembangkan perniagaan diusahakan membuatkan dia lain dari yang lain.

NEELOFA PILIH INDONESIA UNTUK KEMBANGKAN NAMANYA

Jadi tidak hairan lah jika dia dicemburui oleh ramai pihak. Baru-baru ini Neelofa ada mengumumkan untuk membawa namanya menembusi pasaran negara jiran tetangga, iaitu Indonesia dengan memulakan kerjaya seni di sana pula.

Sumber Instagram

Bila ditanya soal pemilihan negara Indonesia, pengacara cantik molek ini memberitahu bahawa ingin memberikan fokus secara berperingkat dengan menjadikan negara serumpun sebagai tumpuan utama terlebih dahulu.

Memandangkan negara ini mempunyai bahasa dan juga budaya yang hampir sama, ianya memudahkan lagi perjalanan kerjaya terutama dari segi keselesaan berkomunikasi.

LANTIK TUTOR, DUDUK BERSAMA DALAM TEMPOH SEBULAN

Namun ia tetap ada cabaran tersendiri. Dengan memilih Indonesia tidak menjamin Neelofa untuk goyang kaki. Difahamkan dia perlu menguasai serta mempelajari bahasa Indonesia juga. Justeru, dia menggunakan khidmat tutor sebagai langkah persediaan.

Sumber Instagram

Menurut Neelofa, dia sedang giat belajar bersama tutornya itu yang juga kini tinggal dengan Neelofa selama sebulan bagi mendapatkan suasana dan juga mahir sepenuhnya.

Tujuannya adalah lebih cekap untuk berkomunikasi. Bukan setakat itu sahaja, Neelofa perlu tahu maksud disebalik setiap perkataan yang dia gunakan.

BAKAL BERLAKON APRIL INI, DAH CARI KEDIAMAN UNTUK DUDUK DI SANA

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu yang dia bakal berlakon dalam sebuah filem di Indonesia. Penggambaran bakal dijangka bakal bermula April ini. Namun dia tidak mendedahkan secara terperinci genre dan maklumat lanjut berkaitan filem tersebut.

Bukan sekadar mengembangkan bakat di sana, dia juga kini sudah pun meninjau beberapa tempat strategik sebagai rumah barunya sepanjang tempoh berada di sana.

Diharapkan segala usaha dan impian Neelofa selama di negara jiran tersebut dipermudahkna urusan. Selamat maju jaya hendaknya!

Sumber: Youtube Media Hiburan

Kongsi artikel ini: