Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam perkongsian sebelum ini, penulis ada menceritakan kisah salah seorang menantu Tok Ti iaitu Tya Ariffin yang seolah-olah memberi gambaran sudah pun berhijrah.
DALAM DIAM TYA BERTUDUNG
Seperti kita maklum, sebelum ini penampilan Tya adalah freehair dan terbaru, melihat sahaja ruangan instagramnya, hampir kesemua gambar baru Tya sudahpun mengenakan hijab.
Dalam diam pelakon terkenal dari Indonesia ini bertudung litup, dan usaha ini harus dipuji kerana dia langsung tidak menghebahkan kepada umum. Mungkin enggan timbulkan rasa riak atau salah sangka ramai pihak.
BACA: Dalam Diam Berhijrah! Menantu Tok Ti Cantik Bertudung Litup, Tarik Perhatian Netizen
TUNAI UMRAH DENGAN SUAMI, TINGGALKAN ANAK
Semalam Tya ada berkongsikan dengan peminat yang dia bakal mengerjakan umrah. Ianya adalah pengalaman pertama kali untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan sudah pasti pengalaman teruja membelengu Tya Ariffin kali ini.
Dia dilihat mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada peminat dan sesiapa sahaja sebelum berangkat ke Mekah. Tak lupa juga dia mengharapkan peminat mendoakan segala urusannya di sana dipermudahkan.
Difahamkan Tya ke sana hanya bersama suami dan tidak membawa anak bersama. Ini berikutan ingin memberikan tumpuan pada ibadah yang ingin dikerjakan.
ALLAH DAH BAGI SEMUA YANG TYA NAK!
Tya bagaimanapun sempat menceritakan kisah perjalanan hijrahnya dari freehair kepada bertudung. Semuanya bermula dengan nikmat yang Allah kurniakan yang tiada tolak bandingnya.
Jadi tidak adil jika Tya mengabaikan segala kebaikan yang Allah berikan. Justeru dia membalas dengan mengabdikan diri kepada Pencipta dan Maha Kaya yang telah aturkan rezeki buatnya selama ini.
Melihat ke ruangan komen, ramai pengikutnya kagum dengan kisah Tya ini. Sesetegah individu diuji dengan kekayaan yang menjadikan mereka lebih lalai. Sebaliknya pula dengan kisah Tya yang berasa malu dan terhutang dengan Yang Maha Esa.
Semoga perkongsian Tya ini memberi inspirasi buat kita semua dan diharapkan dia serta suami memperoleh umrah yang mabrur.
Kredit: Instagram Tya Ariffin