Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Genap seminggu pemergian pelawak terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnaya Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan.
Meski pun demikian, namanya masih lagi hebat diperkatakan di media sosial. Lepas satu per satu timbul cerita kebaikan yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya.
BELANJA MAKAN, TANGGUNG ADIK TAHFIZ, GUNA DUIT KE JALAN AGAMA
Seolah-olah setiap hari ada sahaja cerita yang melekat di mulut netizen berkaitan Allahyarham Abam Bocey ini. Sehingga kan ahli keluarga sendiri pun tidak tahu amalan yang pernah dia lakukan.
Belanja makan tu perkara biasa buatnya. Menanggung adik-adik tahfiz dan anak yatim juga menjadi bekalan hayatnya. Dan antara paling terkesan adalah menggunakan harta di jalan Allah apabila menanggung segala kos salah seorang ustaz untuk melaksanakan ceramah di segenap tempat.
KANAK-KANAK 11 TAHUN RAP UNTUK ALLAHYARHAM
Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dikenali sebagai Isya Asyreena di laman instargam telah mendendangkan rap khas untuk Allahyarham Abam.
Lagu tersebut diberi judul Pemergianmu. Apa yang menariknya adalah Isya menyanyi lagu rap ini dengan penuh isi hati disusuli dengan bait-bait lirik yang sangat mendalam maksudnya.
Difahamkan Isya hanya menyampaikan lagu tersebut sahaja manakala liriknya adalah hasil ciptaan kenalan rapat yang tidak didedahkan identiti.
LIRIK PENUH MENDALAM MAKSUDNYA
Melihat kepada reaksi netizen, rata-rata sangat terpegun dan memuji bakat yang dimiliki kanak-kanak perempuan ini serta turut memuji cara penyampaian nyanyian Isya yang sungguh baik.
Antara liriknya yang melekat di hati penulis adalah:
Bila kita baik, sudah pasti ramai yang akan sayang. Semoga tenang lah dikau di sana Allahyarham Abam Bocey.
Sumber: Instagram isyajr