Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Membina mahligai kehidupan bersama adalah impian bagi setiap pasangan yang bercinta. Harus diingat, sesebuah perhubungan itu perlu disusuli dengan rasa tanggungjawab dan bukan hanya rasa cinta semata.
RAMAI PARA ISTERI TANGGUNG BIAWAK HIDUP
Boleh dilihat kini ramai para isteri mula menyesal kerana ramai lelaki yang mereka kahwini tak seperti mereka sangkakan. Yang lebik buruk lagi tidak bekerja, hanya terbungkang atas katil dah macam tanggung biawak hidup.
Tak kurang hebatnya sebelum berkahwin janji untuk setia pada yang satu. Tapi bila dah beranak satu, macam-macam jadinya siap pasang wanita keliling pinggang.
HAMPIR BERKAHWIN, ZULIN AZIZ DITINGGALKAN TANPA KHABAR BERITA
Namun berbeza dengan artis wanita yang ingin penulis kongsikan pada kali ini. Zulin Aziz ada menceritakan pengalaman hidupnya dalam bercinta, hampir mendirikan rumah tangga hanya beberapa hari sahaja lagi.
Tetapi alangkah sedihnya apabila si bakal suami menghilangkan diri tanpa jejak. Entah di mana silapnya, Zulin meluahkan rasa terkilan dengan kejadian yang menimpa dirinya ini dan menganggap suatu pengalaman pahit dalam hidup.
Bercakap soal cinta, bukan sekali Zulin pernah dikecewakan. Akuinya sudah banyak kali lelaki mempermainkan perasaan selebriti terkenal ini. Disebabkan pernah melalui situasi sebegini lah Zulin berasa penat untuk mencari cinta yang baru.
DITUDUH TERDESAK MENCARI CINTA
Perasaan Zulin bukan hanya sekadar terkoyak gara-gara cinta, malah ia turut terkilan kerana pernah dituduh terdesak dalam mendapatkan pasangan hidup. Walhal jika kita faham, kejadian manusia adalah berpasangan dan normal jika ada rasa minat dan suka kepada seseorang itu.
Secara tidak langsung, dengan tuduhan sebegini sedikit sebanyak memberi kesan dan tekanan buat Zulin. Jelas Zulin lagi, dia pula yang jadi target peminat sedangkan ramai sahaja melakukan perkara sama sepertinya.
MENOLAK KEMUNGKINAN TERKENA BUATAN ORANG
Ada pihak pula yang mengandaikan Zulin terkena buatan orang. Ekoran itu, dia sering sahaja gagal dalam bercinta namun dia menafikan perkara sedemikian. Tambah Zulin, dia langsung tiada masalah dan sentiasa sihat.
Andainya dia dikhianati atau terkena apa-apa penyakit, tiada pula tanda-tanda ke arah itu malah rezekinya pula melimpah ruah.
Justeru, bercinta dan perkahwinan bukan perkara yang boleh diambil mudah. Kalau berkahwin awal tetapi dapat suami yang tak menyenangkan menjadi suatu beban pula. Sama-sama kita doakan agar Zulin dipermudahkan urusan dalam soal jodoh ini.
Kredit: Berita Harian