Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap insan di atas muka bumi ini dilahirkan dengan bakat yang tersendiri. Kadang kala tak tercapai dek akal kita tentang sesuatu perkara namun ianya mampu dihasilkan.
Sebagai contoh mudah bakat lukisan. Ada individu Allah tarik nikmat tangan namun ianya tidak menghalang untuk seseorang itu melukis. Hanya menggunakan kaki sahaja, sesebuah karya cantik dapat dihasilkan dengan jayanya. Semuanya bergantung pada minat dan semangat juang yang tinggi.
REMAJA MILIKI BAKAT LUKISAN LUAR BIASA
Berbeza pula dengan bakat seorang remaja lelaki ini yang dikenali sebagai Abdul Azim Mohd Rozahar. Bakat lukisan yang dimiliki oleh Azim sangat luar biasa.
Terkesan dengan pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Abam Bocey, Azim telah menghasilkan suatu karya lukisan berbentuk wajah Abam.
BACA: Tiada Lagi Gemuk Is Awesome! Jiwa Achey Rapuh, Tak Dapat Hadap Kehilangan Abam Tanpa Fad
Disebabkan terlalu minat dengan lawak Abam, Azim telah menulis beribu-ribu perkataan Abam sehingga lah terhasilnya lukisan.
LAKAR WAJAH ABAM GUNA TEKNIK PERKATAAN
Menurut Azim, ini adalah kali pertama dia melakarkan potret wajah menggunakan teknik perkataan. Jelasnya lagi, bahagian di wajah antara paling sukar untuk dihasilkan terutama lakaran hitam yang perlu menghasilkan bayang-bayang.
Semakin banyak bahagian berwarna hitam, semakin banyak tulisan yang perlu ditulis. Dia mengambil masa hampir dua jam bagi menyiapkan potret Allahyarham Abam dan memerlukan 1,000 patah perkataan untuk membentuk wajah.
BERHASRAT UNTUK SERAHKAN POTRET PADA FAD DAN ACHEY
Remaja berasal dari Segamat, Johor ini berhasrat untuk menyerahkan hasil potretnya itu kepada rakan baik Allahyarham iaitu Fad dan Achey sebagai tanda kenangan.
Benar lah, bila kita baik, ramai orang akan sayang. sejak Abam pergi, ada sahaja berita baik yang dilakukan sepanjang hayatnya kepada umum.
View this post on Instagram
semoga tenang disana @abam_bocik 😢khas untuk korang semua #kitabaikramaisayang
Kredit: mStar Online