Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Luar Je Nampak Senang, Hakikatnya! Didie Alias Coret Kisah Menyayat Hati Jual Kaki Lima Untuk Besarkan Anak

Setiap pasangan yang berkahwin mengidamkan untuk memiliki cahaya mata. Namun harus kita tahu, anak bukan sahaja anugerah malah ianya perlu diikuti dengan rasa tanggungjawab.

Bagi insan yang bergelar ibu pula, sudah pasti mereka inginkan anak berjaya mencapai cita-cita terutama dalam bidang pelajaran.

ANAK ADALAH TANGGUNGJAWAB

Menjamin anak untuk berjaya bukan lah perkara mudah. Tambahan pula kalau bergelar ibu tunggal. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Didie Alias melalui pengalamannya selama membesarkan anak.

Kisah hidupnya ini diluah menerusi laman Instagram miliknya beberapa jam yang lepas. Berikut adalah penulisan asal:

10 TAHUN DIDUGA SEBAGAI IBU TUNGGAL

“Salam Jumaat Semua. Tak tahu nape nak tulis jugak. Allah menduga aku selama 10 tahun semasa menjadi ibu tunggal Akulah Mak Akulah Bapak untuk mencari rezeki sorang-sorang untuk besarkan mereka, sekolahkan, didik dorang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.”
“Sampai anak-anak pun tak penah tahu aku nie ade duit ke tak. Aku kuat kerana dorang amanah Allah yang diberi tanggungjawab yang sangat besar untuk aku. Membesarkan 5 orang anak mase tu bagi aku rase ya allah mampu ke aku, siang aku keja pejabat.”

NIAGA SATE TEPI KAKI LIMA

“Petang aku niaga sate kat kaki lima area umah aku, takde kawan baik, aku taknak family aku tahu aku susah aku terseksa biarlah aku yg tanggung. Perit getir yang aku alami sebelum nie Allah balas dgn kesenangan hidup, kebahagiaan hidup.”
“Walaupun aku tak kaya raya, tapi cukup untuk aku berada di dunia sementara nie insyaallah. Allah gandakan lagi dengan kejayaan anak-anak aku sampai ade 2 org anak aku seblum nie aku tak mampu nak hantar dorang ke tadika langsung. Pasal aku takde duit.“
“Terima kasih Allah Terima kasih Anak-anak Syurgaku memjadikan MUMY seorang Ibu yang sangat dihormati sekarang. Mase aku menaip nie pun air mata aku meleleh dengan sendiri. Aku bangga dengan anak-anak aku.”

ANAK BALAS JASA DIDIE ALIAS DENGAN KEJAYAAN

“Aku sanggup buat ape saje untuk dorang. Dorang balas dengan kejayaan dorang. Syukur Alhamdullillah Tahniah Kakak @niyardzn menjadi pendorong & semangat kepada adik-adik kamu. Anak yang bertanggungjwb.”
“Mumy doakan kakak diberi kejayaan dunia dan akhirat. Mumy sayang Anak-anak Mumy hingga ke hujung nyawa Mumy. Tqsm @razi.shn ambil tanggungjawab mumy. Tqsm daddy @ishamismaildd Allah nampak keikhlasan u memikul tanggungjwb menjaga anak-anak tiri u.” Tulis panjang Didie.

Kita sebagai peminat tak tahu pahit getir yang dilalui para artis. Tak semua rezekinya datang terus bergolek. Kadang kala indahnya diuji kerana pada akhirnya kita dapat menghargai sesuatu dengan lebih baik.

Semoga perkongsian Didie Alias ini memberikan inspirasi buat kita dalam berusaha membesarkan anak-anak dengan penuh rasa tanggungjawab.

Sumber: Instagram Didie Alias

Kongsi artikel ini: