Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Depan Mertua Boleh Pakai Macam Tu! Bakal Jadi Ibu, Pakaian Baby Shower Izara Aishah Ditegur Netizen

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu lah ungkapan yang sering dikaitkan dengan bekas finalis Dewi Remaja 2009/10 ini. Bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik, malah bertuah kerana berjaya memikat hati anak teruna Datuk Khalid Jiwa.

BAKAL TIMANG CAHAYA MATA BULAN APRIL

Izara Aishah yang kini berusia 28 tahun sudah pun bergelar isteri kepada Adib Khalid selama hampir 3 tahun. Dikhabarkan bahawa Izara kini sedang sarat hamil. Tanpa berselindung lagi, dia memaklumkan kepada umum bakal menimang cahaya mata perempuan pada April nanti. Tahniah penulis ucapkan!

Sumber Instagram

BACA: Impian 2020 tercapai! Kejayaan besar yang dikecapi Izara Aishah dan suami buat netizen kagum

Dan semalam, untuk menghargai berita baik ini, Izara dan suami telah mengadakan majlis baby shower. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon Pilot Cafe ini menerusi Instagram miliknya.

Difahamkan majlis tersebut bertempat di The Majapahit Marc, Residence KLCC, Kuala Lumpur. Kelihatan majlis disambut dengan penuh meriah dengan dihadiri sanak saudara, kenalan rapat termasuklah ibu mertua kesayangannya, Datuk Siti Nurhaliza.

Sumber Instagram

BAJU IZARA PULA YANG JADI PERHATIAN

Walau bagaimanapun, penampilan Izara yang memakai kemeja labuh berwarna coklat mendapat perhatian ramai. Berikutan status isteri dan bakal menjadi ibu tak lama lagi, netizen menyifatkan pakaian diperagakan tidak sesuai dan perlu lebih berhati-hati.

Tambahan pula, dengan kehadiran mertua seharusnya Izara perlu lebih nampak sopan dan menutup aurat bagi tujuan menghormati keadaan.

Sumber Instagram

KAITKAN ADIB, TAK TAHU NAK AJAR ISTERI

Ada yang menegur pakaian Izara terlalu singkat sehingga ternampak lutut. Tak kurang juga ada yang melibat nama suami Izara sendiri yang mengatakan Adib tak tahu untuk mengajar isteri cara berpakaian. Sudah pasti komen ini terlalu sensitif untuk diterima.

Sumber Instagram

Seperti kita maklum, pemakaian adalah dari diri sendiri. Sama-sama kita titipkan doa yang terbaik buat Izara kelak. Semoga urusan Izara untuk melahirkan cahaya mata dipermudahkan.

Sumber: Instagram Izara Aishah

Kongsi artikel ini: