Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

3 Tahun Hidup Sendirian, Joy Revfa Bakal Tamatkan Zaman Ibu Tunggal! Pilih Lelaki Bijak Dalam Perniagaan & Agama

Figura ini pernah gagal dalam rumah tangganya. Terdahulu kisah perkahwinan Joy Revfa bersama Hafiz Hamidun menjadi topik utama media kerana dia didakwa gagal menunjukkan bukti sijil pencraian dalam perkahwinan sebelum itu bersama Dato Ray Imran.

PERKAHWINAN DENGAN HAFIZ HAMIDUN TAK SAH

Difahamkan sewaktu mengisi borang untuk berkahwin dengan Hafiz, Joy Revfa hanya menandakan status tidak berkahwin dalam borang. Walhal masih dalam iddah kerana belum ada surat pengesahan pencraian dengan suami terdahulu.

Kemudian, Hafiz Hamidun membangkitkan status perkahwinan mereka dan memfailkan permohonan pembubaran perkahwinan di mahkamah susulan perkahwinan mereka tidak sah.

Sumber Instagram

Setelah hampir 3 tahun hidup bersendirian, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin memberi gambaran bakal menamatkan kehidupan singlenya tidak lama lagi.

JOY REVFA BAKAL TAMATKAN ZAMAN IBU TUNGGAL

Perkhabaran ini dimaklumkan sendiri oleh usahawan terkenal menerusi laman Instagram beberapa hari yang lepas. Jelasnya lagi, apa yang dia inginkan dalam perkahwinan baru ini adalah seorang imam yang mampu mengetuai ketika sembahyang, mengajar mengaji dan mengenal Sang Pencipta.

Pernah gagal dalam hubungan yang lalu membuatkan Joy Revfa lebih berhati-hati dan mengharapkan agar ianya kekal hingga ke jannah.

Sumber Instagram

BACA: Bahagia tanpa redha isteri! Joy Revfa beri pandangan isu kahwin suami orang dan kehidupan bermadu sebenar

ENGGAN DEDAH IDENTITI BAKAL SUAMI

Walau bagaimanapun, dia enggan mendedahkan lagi jejaka yang berjaya menawan hatinya itu sehingga lah akan didedahkan pada hari perkahwinan kelak.

Tambahnya lagi, dia merahsiakan perkara ini kerana tidak mahu perkara tak baik berlaku kelak. Jadi lebih baik berhati-hati. Lagi pun kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan.

Cuma apa yang boleh dikongsikan adalah dia ingin mencari pasangan hidup yang lebih bijak dalam bidang perniagaan dan semestinya ilmu agama yang tinggi untuk membentuk keluarga bahagia.

DIKHABARKAN PASANGANNYA PELAKON BARU

Pada pertengahan tahun lepas, Joy pernah memberi gambaran sedang dilamun cinta dengan serorang pelakon baru iaitu Fahmy Reza.

Pelakon baru, dikhabarkan berjaya memikat hati Joy

Sama-sama kita doakan agar hubungan baru yang bakal dibina oleh Joy dan pasangan menemui titik persefahaman dan kekal ke jinjang pelamin.

Kredit: Instagram Joy Revfa

Kongsi artikel ini: