Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sempat Beri Nasihat Azwan Ali Jangan Banyak Carut! Respon Matang Cik B Ini Dipuji Warganet

Nama Azwan Ali atau lebih selesa disapa sebagai Diva AA menjadi bulan hangat warganet sejak akhir-akhir ini. Ianya bermula apabila dia mengaitkan keluarga Dato’ Seri Vida (DSV) dan mengungkit kembali kisam silam yang boleh dikatakan sensitif untuk usahawan terkenal tersebut.

Tak cukup dengan itu, isu Naim Daniel juga turut terpalit apabila dia mempertikaikan keputusan juara dan memberi kenyataan bahawa tidak mengenali penyanyi berkeaan.

Ibarat tiada kesedaran dalam diri, lepas satu per satu isu mula timbul berkaitan bekas pengacara popular ini sehingga kan DSV ingin mengambil keputusan membawa hal ini ke mahkamah.

MINTA MAAF TAPI MACAM TAK IKHLAS

Beberapa hari lalu, Diva AA ada membuat sidang media dan memohon maaf secara terbuka. Tetapi ianya masih bersikap angkuh dengan alasan-alasan yang dinyatakan seolah-olah hanya sekadar memenuhi tuntutan daripada dikenakan tindakan mahkamah.

BACA: Azwan Ali Buat Permohonan Maaf Isu Libatkan DSV. Tapi Kenyataanya Pula Buat Peminat Rasa Muak

Namun dalam banyak-banyak isu, menarik perhatian ramai adalah respon dari anak perempuan DSV iaitu Cik B. Biar pun masih mentah namun dia dilihat sangat matang dan bijak dalam mengawal keadaan yang menimpa keluarganya dan juga Diva AA.

RESPON CIK B WIN, SIAP BERI PESANAN PADA DIVA AA

Terbaru ada satu perkogsian menerusi laman Twitter berkaitan maklum balas Cik B tentang Diva AA ini. Menariknya adalah Cik B sangat tenang menjawab segala persoalan dari pihak wartawan.

Selain itu, dia dilihat sempat memberi nasihat kepada Diva AA agar lebih berhati-hati dan menjaga tutur kata di masa hadapan kelak. Jelasnya lagi jangan terlalu tertekan dengan mencarut kerana ianya boleh menyebabkan penyakit.

WARGANET PUJI CIK B JAUH LEBIH MATANG

Menjengah sahaja ke ruangan komen, ramai pihak yang memuji kematangan yang disampaikan oleh Cik B ini meskipun baru berusia 12 tahun. Mana tidaknya individu berpangkit budak pula yang menasihati atuk perihal kehidupan.

Semoga kemelut berlaku antara kedua nama besar ini dapat berdamai secara baik dan tidak berulang lagi di masa hadapan.

Kredit: Twitter Kasyah Putera

Kongsi artikel ini: