Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Suatu lagi kisah berkaitan penceramah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Abu yang menjadi bualan ramai. Pada awal Januari lepas, penulis ada kongsikan kisah isteri PU Abu, Hana Azraa yang mendedahkan suaminya sedang bermain cinta dengan wanita lain.
HANA AZRAA DEDAH SUAMI ADA WANITA LAIN
Bukan sekadar kenyataan, malah Hana tampil berani memaparkan wajah individu ketiga dan juga perbualan mereka di media sosial.
Walau bagaimanapun, PU Abu menjelaskan bahawa ianya bersifat spekulasi dan bukan lah memaparkan kisah sebenar memandangkan isterinya sedang sarat hamil. Dia mengandaikan bahawa emosi Hana berada dalam keadaan tidak stabil ketika itu.
HUBUNGAN SEMAKIN BERANTAKAN
Susulan daripada kejadian ini, hubungan mereka dilihat semakin berantakan. Biarpun Hana baru sahaja selamat melahirkan zuriat mereka pada 1 Februari lepas, dia memberitahu yang rumah tangga kini berada dalam keadaan samar.
Menerusi perkongsian di IG Story miliknya, terbaru dia memberitahu yang dia dan suami telah pun membawa haluan masing-masing. Ibarat tiada jalan penyelesaian, Hana turut akui mereka kini sedang fokus uruskan pencraian di mahkamah.
Enggan mendedahkan punca sebenar kemelut yang melanda dalam rumah tangganya, Hana mengambil jalan untuk mendiamkan diri sahaja.
KEPUTUSAN UNTUK BERPISAH HASIL PERBINCANGAN BERSAMA
Tambahnya lagi, keputusan untuk berpisah ini adalah dibuat selepas hasil perbincangan dan persetujuan bersama secara baik.
Sebagai mana umum mengetahui, perkahwinan PU Abu dan Hana Azraa menjadi topik hangat sejak tahun lalu gara-gara difahamkan berkahwin di Thailand. Tetapi PU Abu tampil memberi kenyataan dan menyangkal segala dakwaan yang tersebar.
Kemudiannya rumah tangga antara PU Abu da Ain Afini Latif, isteri pertamanya berakhir selepas kedua mereka turut bersetuju untuk membawa haluan masing-masing pada 16 Mei tahun lalu.
Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat rumah tangga penceramah selebriti ini. Diharapkan juga agar mereka dapat menilai semula keputusan agar anak kecil tidak menjadi mangsa kelak.
Kredit: mStar Online