Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Isu Muhammad Sajjad pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah baru-baru ini telah mencetuskan amarah warga netizen. Ini berikutan pemakaiannya sebagai wanita seolah-olah tidak menghormati tempat suci bagi umat Islam dan menimbulkan kekeliruan banyak pihak.
JAKIM TAK BERI PANDUAN SEMPURNA
Jadi, enggan menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara kita, Sajat mempertikaikan bantuan yang ditawarkan oleh pihak JAKIM dalam menentukan jantinanya yang sebenar.
Jelas Sajat dalam kenyataan awalnya meberitahu bahawa pihak JAKIM tidak membantunya dengan memberikan panduan yang betul dalam hal pemeriksaan perubatan berkaitan isu identiti diri.
PU AMIN MINTA SAJAT BERHENTI MENIPU
Buat masa sekarang, Sajat meminta agar identitinya disahkan sebaik mungkin selagi mana ibu bapanya masih hidup. Ini kerana hanya mereka berdua sahaja yang tahu luar dalam kehidupannya yang sebenar, bukan orang lain.
Walau bagaimanpun, menarik perhatian adalah respon dari penceramah selebriti iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin.
Menurut PU Amin, Sajat sedang berbohong berkaitan JAKIM tidak memberikan kerjasama. Walhal sebelum ini pihak JAKIM sudahpun membawa pakar perubatan untuk membantu mengesahkan jantina usahawan terkenal tersebut.
JANGAN BURUKKAN NAMA DAN AGENSI JAKIM
Cuma Sajat sahaja yang mengelak dan JAKIM pula terkena tempiasnya. Menerusi komen PU Amin itu juga, dia dilihat sempat menasihati Sajat agar segera berubah dan mengakui segala kesalahan yang dilakukan.
Melihat kepada komen netizen lain, mereka turut menyokong agar Sajat lebih baik berterus terang dan jangan memburukkan agensi JAKIM dengan kenyataan-kenyataan sebegini.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Sajat dan menemui jawapan yang membelengu dirinya selama ini.
Kredit: Harian Metro