Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Wanita Jadian Lucinta Luna Ditahan Pihak Berkuasa! Polis Bingung Untuk Tempatkan Di Sel Lelaki Atau Wanita

Jika di negara Malaysia, nama Sajat sering dipertikaikan dengan status asal jantinanya. Berani tampil dan mengaku sebagai wanita menjadikan namanya cepat naik dan dikenali ramai.

Tidak kurang hebatnya dengan Indonesia. Di negara jiran tetangga kita ini turut mempunyai seorang selebriti dan juga penyanyi dangdut yang berstatus wanita jadian. Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhammad Fatah ada sahaja kelakuan yang mencetuskan gimik dan buah mulut orang ramai.

LUCINTA LUNA GUNA BAHAN TERLARANG

Dikhabarkan Lucinta Luna ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di kediamannya di Thamrin City, Jakarta Pusat pada petang semalam. Punca penahanan wanita jadian ini adalah penyalahgunaan barang terlarang yang dijumpai di apartment miliknya.

Menurut media tempatan, Lucinta Luna turut ditahan bersama tiga lagi rakannya terdiri daripada seorang wanita dan juga sepasang suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

team MADHUBALA DUTA 💸💸 @adhejengkermahar @mister_randii @hendra_leonardi_tan @rizki_nasution1

A post shared by LUCINTA LUNA (@lucintaluna) on

POLIS BINGUNG UNTUK MENEMPATKAN PENYANYI DANGDUT INI

Walau bagaimanapun, penahanan Lucinta Luna ini mencetuskan sedikit kebingungan buat pihak berkuasa. Ianya melibatkan keputusan untuk menempatkan penyanyi dangdut ini sama ada di sel lelaki atau pun wanita.

Jelas Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat iaitu Iptu Bachin, Lucinta Luna sehingga saat ini masih di ruang bilik siasatan. Keputusan untuk menempatkan beliau masih belum dibuat memandangkan status jantinanya yang boleh menimbulkan masalah lain.

TERKENAL DENGAN LAGU BOBO DI MANA

Lucinta Luna yang dilahirkan pada 16 Jun 1989 pernah merakamkan single bersama usahawan terkenal Malaysia iaitu Dato’ Seri Aliff Syukri dan juga rakan baiknya, Sajat. Lagu Bobo Di Mana nyanyian mereka bertiga pernah mencetuskan gimik di awal pelancarannya.

Justeru, disebabkan faktor ini lah agama kita melarang daripada umatnya mengubah kejadian. Selain dari masalah kesihatan, ianya boleh menjadi kekeliruan untuk masyarakat sekeliling dalam membuat sesuatu keputusan.

Kongsi artikel ini: