Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Sempat Lihat Jenzah, Momen Fad Peluk Dan Cium Baju Peninggalan Abam Cetus Hiba Peminat

Umum mengetahui bahawa salah seorang anggota kumpulan lawak terkenal tanah air, Bocey telahpun kembali ke rahmatullah. Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam difahamkan mengalami demam dan sakit kepala sebelum menghembuskan nafas terakhir.

KEHILANGAN ABAM DIRINDUI RAMAI PEMINAT

Pemergian Abam ini adalah suatu kehilangan yang sangat besar dalam dunia lawak. Jenakanya masih segar serta terngiang-ngiang dalam benak peminat.

BACA: Tiada Lagi Gemuk Is Awesome! Jiwa Achey Rapuh, Tak Dapat Hadap Kehilangan Abam Tanpa Fad

Bukan setakat itu, kebaikan yang dilakukan selama hayatnya juga dapat dilihat apabila berkerumun rakan serta kenalan yang datang melawat ke pusara untuk memberikan pernghormatan terakhir.

FAD ANTARA TERKESAN PEMERGIAN ABAM

Sudah pasti yang menjadi tumpuan dan terkesan dengan berita pemergian Abam ini ialah rakan seperjuangan, Fad. Ketika Abam menghembuskan nafas terakhir, Fad sebelum ini berada di negara matahari terbit melancong bersama keluarga.

Berhempas pulas untuk pulang lebih awal namun ketiadaan tiket menjadi faktor Fad tidak dapat hadir untuk menatap saat terakhir wajah Abam. Dikhabarkan dia baru sahaja tiba di KLIA beberapa jam yang lalu.

Ianya dikongsikan sendiri oleh Fad menerusi laman Instagram miliknya. Ketibaan Fad dan keluarga disambut dengan penuh hiba dan suram oleh seorang lagi ahli kumpulan Bocey iaitu Achey.

“Alhamdulillah, selamat sampai. Aku terbayang kau pon ada bam dalam pelukan tu, Allah kite kene kuat ye chey. Dpt semangat aku balik.” Tulis Fad.

BERPELUKAN MENANGIS SAMBIL CIUM BAJU PENINGGALAN ABAM

Dapat dilihat bahawa mereka berdua tidak bersedia dalam menerima berita pemergian Abam ini. Sampai sahaja Fad di lapangan terbang, kedua mereka saling berpelukan sambil menitiskan air mata. Lebih meruntun perasaan apabila baju peninggalan Abam turut dibawa.

Menjengah sahaja ke ruangan komen, ramai rakan artis lain dan juga peminat mereka memberikan kata-kata semangat buat Fad dan Achey. Mereka perlu bangkit dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Peminat masih ada di belakang untuk menyokong segala kerja dan usaha kumpulan Bocey ini meskipun mereka kekurangan seorang ahli. Sabar dan redha dengan ketentuan Allah adalah yang terbaik buat masa sekarang.

KREDIT VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Kongsi artikel ini: