Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ramai lelaki yang dambakan cinta dari Neelofa. Bukan sahaja cantik malah dia merupakan seorang wanita yang sangat tegar dan penuh dengan cita-cita. Namun bukan mudah untuk memiliki wanita yang berstatus usahawan berjaya ini.
RIZALMAN BERI GAMBARAN LELAKI YANG HADIAHKAN NEELOFA BUNGA
Tidak melepaskan peluang, pereka fesyen terkenal Rizalman dilihat sempat bergurau menerusi Insta Story miliknya beberapa jam yang lepas dan memberi gambaran jejaka yang sedang rapat dengan Neelofa kini.
Seperti umum mengetahui bahawa Neelofa baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang 31 beberapa hari lepas. Dalam video pendek dikongsikan Rizalman, dapat dilihat Neelofa sedang memegang sejambak bunga merah berserta kad ucapan hari lahir yang diberikan oleh individu istimewa.
Kemudian kamera diheret pantas ke wajah Datuk Hans Isaac seolah-olah memberi gambaran dan memaksudkan hadiah tersebut adalah dari Hans Isaac sendiri.
RIZALMAN KECEWA DENGAN NEELOFA
Sebagai meluahkan tanda kecewa bunga sudah dipetik orang, Rizalman memuat naik status berseloroh kenapa bukan datang dari dirinya.
Tak cukup dengan itu, Rizalman turut berseloroh mengatakan bahawa lelaki yang ejaan namanya bermula dengan huruf H adalah sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.
JANTAN NAMA BERMULA HURUF H TAK BOLEH PERCAYA
Ini hanya lah gurauan semata-mata. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Neelofa dan Hans Isaac sekiranya benar ada kisah antara mereka berdua. Lagipun sebelum ini mereka pernah bersama namun ianya tidak bertahan lama.
Rasanya dah sangat sesuai untuk Neelofa menamatkan zaman solonya memandangkan usia semakin meningkat.