Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah hidup figura ini mula menjadi perhatian netizen semenjak namanya dikaitkan sebagai pembantu peribadi Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Syaddiq.
JADI PERHATIAN SEJAK DIKAITKAN DENGAN SYED SYADDIQ
Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana menjadi topik hangat Oktober tahun lalu gara-gara netizen beranggapan Syed Syaddiq memiliki pembantu peribadi bapok.
Sejurus kejadian, Syed Syaddiq ada mengeluarkan kenyataan bahawa wanita berkenaan yakni Cleopatra tiada kena mengena atau bukan lah PA seperti dakwaan orang ramai.
Dia turut menyangkal persepsi netizen tentang bapok dan memberitahu bahawa Cleopatra seorang ibu tunggal.
BACA: PA macam Mak Nyah! Syed Syaddiq tampil dedah identiti sebenar WANITA berkebaya merah
MUAT NAIK GAMBAR KAKI DAN DARAH DI TWITTER
Sekali lagi Cleopatra menjadi bualan ramai apabila terbaru dia ada memuat naik status di laman Twitter. Berpunca dari sekeping gambar yang menunjukkan kaki dan juga beberapa kesan tompokan darah di bahagian lantai.
Selain itu, status tersebut juga disertakan dengan emoji menangis bagi menggambarkan kesakitan yang sedang dialami.
Yang menjadi perhatian adalah komen yang ditinggalkan netizen. Tidak dinafikan ada yang meluahkan rasa simpati dengan kejadian menimpa dirinya itu.
LAIN PULA TANGGAPAN NETIZEN
Walau bagaimanapun, dapat diperhatikan ada sahaja pihak yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan Cleopatra ini.
Mereka bertindak memberikan komen sinis seolah-olah Cleopatra sengaja menarik perhatian ramai dengan berlakon. Mereka juga mempertikaikan jika sakit sempat pula ambil gambar bagai.
Bermacam-macam komen yang ditinggalkan. Tak kurang ada yang mengatakan tiada kesan darah di pisau seolah-olah Cleopatra sengaja mereka cerita.
Bukan mudah bila hidup seseorang itu menjadi perhatian masyarakat. Impaknya boleh jadi sama ada baik atau pun sebaliknya dan boleh jadi punca kepada tekanan perasaan dengan ayat-ayat dibahaskan oleh netizen yang tidak bertanggungjawab.
Apa pun semoga Cleopatra berada dalam keadaan sihat dan kejadian tersebut menjadi peringatan buatnya agar lebih berhati-hati bila berada di dapur kelak.
Sumber: Twitter Cleopatra