Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kemelut yang sedang melanda Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA dan juga Dato’ Seri Vida (DSV) menjadi topik hangat. Kejadian dikatakan bermula apabila Diva AA mengeluarkan kata berbaur hinaan kepada keluarga DSV gara-gara tak puas hati tidak menerima bayaran persembahan.
Namun DSV ada menjelaskan yang pihaknya tidak menjemput mahupun mengikat kontrak terhadap kemuculan Diva AA pada karnival yang dianjurkan di Angsana, Johor Bahru baru-baru ini.
DIVA AA DIBERI TEMPOH 48 JAM
Dalam kenyataan yang lain, DSV ada memberitahu bahawa perkara ini sepatutnya boleh dibincang secara baik jika ada rasa kurang senang dan bukan jadikan anak-anaknya sebagai bahan untuk dikutuk atau dimalukan di khalayak umum.
Tidak tahan dengan perkara tersebut, pada petang Isnin DSV membuat sidang media bertempat di Hotel Ancasa. Dalam sidang tersebut DSV memberikan tempoh 48 jam agar Diva AA membuat permohonan maaf secara terbuka dan memadam segala video di media sosial milik diva tersebut.
DIVA AA BUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA
Sejurus dengan tuntutan tersebut, Diva AA turut mengadakan sidang media di Marriot Hotel, Putrajaya pada petang semalam. Bersaksikan peguam yang dilantik, Diva AA telah memohon maaf kepada pihak DSV dengan kejadian yang dicetuskannya sebelum ini.
Jelasnya, permohonan maaf ini dibuat bukan menentukan soal kalah menang. Tetapi hasil perbincangan serta kajian bersama peguamnya.
Tambahnya lagi, dia mengambil pendekatan dengan memohon maaf adalah bertujuan enggan menjadikan kemelut ini daripada berlarutan dan terus berpanjangan.
HANYA PADAM DI TWITTER
Dia dilihat memadam keseluruhan Twit dan juga video yang membabitkan DSV serta Cik B di Twitter miliknya ketika sidang media dijalankan. Dia ada menegaskan ianya hanya berlaku di Twitter dan bukan pada platform media sosial yang lain.
Semoga kejadian yang berlaku antara dua individu terkenal ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Diharapkan dengan permohonan maaf dari Diva AA ini disambut baik oleh DSV dalam menjernihkan keadaan.
VIDEO PENUH SIDANG MEDIA PERMOHONAN MAAF DIVA AA:
Kredit: Media Hiburan