Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pemergian pelawak terkenal tanah air Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan mengejutkan ramai pihak. Allahyarham pergi dalam keadaan tiba-tiba tanpa memberikan apa-apa petanda.
Kehilangannya diratapi segenap masyarakat. Lihat sahaja jenzahnya, Allahyarham disolatkan hampir seribu Jemaah di Masjid Zakaria, Gombak petang semalam menandakan dia sangat disenangi dan disayangi ramai.
RAMAI BUKA CERITA KEBAIKAN ABAM BOCEY
Bukan sekadar lawak bersahaja yang berjaya memikat hati penonton, malah peribadi Abam antara salah satu sebab ramai yang merinduinya. Sejak berita pemergiannya tersebar luas, para artis mula membuka cerita kebaikan amalan sepanjang hayat Abam bergelar artis.
Berbagai-bagai kisah baik dikongsikan kepada umum yang mana pernah berkerjasama mahupun bertemu Abam. Ebit Lew ada mendedahkan yang Abam ini sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan ibu dan adik beradiknya yang lain.
BACA: Bila Dah Takda Baru Orang Nampak Kebaikan! Fasha Sandha Kongsi Video Kemuliaan Hati Abam Bocey
ORANG BAIK RAMAI SAYANG, LEBIH 2000 BERI PENGHORMATAN TERAKHIR
Dalam pada itu, ibu Allahyarham turut menyifatkan pemergian anaknya adalah kehilangan besar dalam keluarga. Dia seorang yang sangat baik sehingga sanggup mendahulukan orang lain berbanding dirinya sendiri.
Boleh dikatakan suatu pengakhiran yang dicemburui ramai. Lihat sahaja sewaktu jenzah dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Pusu, dianggarkan lebih 2000 orang yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada pelawak ini.
BAIT LAGU MENYENTUH JIWA, DAPAT LEBIH SEJUTA TONTONAN
Rakan baik pelawak, Achey ada memuat naik status memberitahu yang Allahyarham ada merekodkan lagu berjudul Si Kasih. Difahamkan sehingga hari ini, video berkenaan telah pun mendapat jumlah tontonan lebih 1 juta kali di YouTube.
Sebenarnya video lirik berkenaan telah dimuat naik sejak 22 Februari 2019 lagi. Sungguh pun begitu, bait liriknya sangat lah menyentuh jiwa pendengar terutama bahagian korus yang menggambarkan dua dunia yang akan terpisah jua.
Semoga dengan menonton video Allahyarham ini sedikit sebanyak menjadi asbab untuk kita membantu meringankan beban isteri dan anak yang ditinggalkan.
Kredit: YouTube FUTUREMUSIC ENTERTAINMENT