Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kongsi Gambar Berpelukan Bekas Isteri Suami! Dr. Erin Cerita Kisah Sikap Farhan Hingga Sanggup Bermadu

Kisah rumah tangga penceramah selebriti iaitu Da’i Farhan pernah menjadi topik hangat di segenap platform media sosial sebelum ini. Pada awalnya dia menjelaskan perkahwinan dengan Dr. Erin direstui oleh isteri pertama tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Mutawif Farhan

Beberapa rentetan drama berlaku sehingga lah memaksa dia mengambil keputusan untuk melepaskan isteri pertama, Fatin Nurul Ain yang ketika itu sedang sarat mengandungkan anak kedua mereka.

JADIKAN ISTERI IBU TUNGGAL DEMI IBU TUNGGAL

Sudah pasti kejadian ini merupakan titik hitam buat Fatin kerana bukan mudah untuk membesarkan anak seorang diri tanpa tanggungjawab suami. Jika suami memberi alasan untuk tambah isteri demi menolong ibu tunggal, kenapa pula perlu lepaskan isteri pertama dan biarkan dia hidup menyendiri.

Persoalan tersebut lah yang banyak bermain-main dibenak masyarakat kita namun hanya Da’i Farhan sahaja lah yang tahu akan jawapan tersebut.

Sumber gambar: Media Hiburan

Dalam perkembangan terbaru rumah tangga mereka ini, Dr. Erin ada berkongsikan beberapa keping gambar di kala bertemu dengan Fatin, bekas madunya dulu. Dapat dilihat dia menulis panjang lebar tentang sikap Da’i Farhan yang dia sendiri tidak menyangka pada awalnya.

FARHAN SEORANG YANG MATANG URUSKAN RUMAH TANGGA

Jelas Dr. Erin, Farhan merupakan seorang yang sangat matang dalam menguruskan perkahwinan. Dalam ramai-ramai pendakwah yang dia jumpa, Farhan adalah individu yang dapat memberikan jawapan kenapa agama membenarkan untuk berkongsi suami.

Secara tidak langsung, Farhan telah mengubah hati dan juga pemikiran Dr. Erin yang ketika itu antara yang menentang untuk bermadu. Farhan turut membuka minda dalam mempersoalkan rasa tidak adil yang perlu para wanita tanggung.

Sumber gambar: Media Hiburan

Tambah Dr. Erin, sebelum ini dia ada gambarkan yang dia sendiri tidak menyangka untuk menerima takdir ini. Sedangkan selama ini dia lebih rela untuk menjanda biar 100 kali banyak pun. Dia tetap enggan untuk berkongsi hidup malah rela bekerja sendiri siang malam demi menyara anak.

IBU DR. ERIN JUGA DIMADUKAN

Dr. Erin dilihat turut berkongsikan kisah arwh ibunya yang juga pernah dimadukan. Tidak bernasib baik apabila ibunya diabaikan oleh lelaki yang tak bertanggungjawab. Biarpun begitu, tidak sekali pun ibunya bercakap buruk perihal suami.

Sumber: Media Hiburan

Jadi apa yang Dr. Erin harapkan adalah ketabahan diri untuk berhadapan umum bila berkongsi suami seperti kini. Dia juga dilihat sempat memberikan kata-kata semangat buat Da’i Farhan agar tetap utuh menjadi imamnya dan teguh menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat.

Apa pun yang berlaku dalam rumah tangga Farhan, sama-sama kita doakan agar Fatin diberi kekuatan dan dipertemukan dengan kebahagiaan yang sepatut diterimanya.

Kredit: Media Hiburan

Kongsi artikel ini: