Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Akak & Adik Sama Naik! Kini Giliran Ruhainies Tayang Bahagia, Bawa Kekasih Naik Heli Tarik Perhatian Netizen

Sebelum ini kisah cinta kakaknya menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya hubungan Risteena dan aktir kacak Isa Khan yang manja mengalahkan pasangan dah berkahwin menjadi bualan hebat di media sosial.

Enggan mempedulikan kata-kata peminat, akhirnya Rsiteena dan Isa tampil berani memuat naik video romantis mereka di laman Instagram masing-masing.

BACA: Kalah yang dah kahwin! Video aksi mesra Risteena & Isa Khan buat netizen berasa kurang selesa

Sumber Instagram

LUAR BIASA, BAWA BUAH HATI NAIK HELIKOPTER

Kini giliran adiknya pula Ruhainies ada berkongsikan detik-detik bahagia bersama buah hati pengarang jantung. Dia telah membawa jejaka yang hanya dikenali Elf Johan bersiar-siar dengan menaiki helikopter. Perkongsian itu dibuat semalam menerusi laman Instagram.

Difahamkan ianya adalah bersempena menyambut ulang tahun buat kekasihnya itu. Bukan biasa-biasa kejutan yang dibuat Ruhainies ini sehingga sanggup menelan belanja yang besar demi kebahagiaan pasangan tercinta.

“Happy Birthday to the man i love. Boo, may you have the happiest of all the birthday celebration in the world today. I love you up to the outer space and back.”
“Wonderful Birthday to you my truest one love! You have done so many things, this year I wish that you will able to do tons of things again. You’re the best!” Ucap romantik Ruhainies buat kekasih.
Sumber Instagram

HARAP JOHAN SUKA DENGAN KEJUTAN YANG DIBUAT

Dalam perkongsiannya yang lain, Ruhainies mengharapkan agar Johan menyukai dengan aturan kejutan yang telah dia rancang ini. Memandangkan Johan adalah satu-satunya jejaka yang sanggup hidup susah senang bersamanya selama perkenalan mereka.

Sumber Instagram

Menjengah sahaja ke ruangan komen, ramai peminat memberikan reaksi agar mereka berdua cepat-cepat disatukan. Dalam pada itu, mereka turut meninggalkan komen agar tidak terlalu tunjuk kebahagiaan takut nanti ada yang kurang senang melihat.

Maklum la kaki sondol ada di mana-mana sahaja. Sama-sama kita doakan agar kebahagiaan pasangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin.

Sumber: Instagram Ruhainies

Kongsi artikel ini: