Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tiada Lagi Gemuk Is Awesome! Jiwa Achey Rapuh, Tak Dapat Hadap Kehilangan Abam Tanpa Fad

Trio pelawak ini sering kali menghangatkan penonton dengan lawak-lawak kretif mereka. mula dikenali dengan gabungan Bocil dan Achey menjadikan Bochey antara pelawak kegemaran peminat tanah air.

Keserasian antara Abam, Fad dan juga Achey tidak perlu disangkal lagi. Ada sahaja punch dan feder yang diterapkan dalam lawak-lawak mereka. seperti umum mengetahui, salah seorang dari mereka iaitu Abam difahamkan telah pun kembali menemui Sang Pencipta pagi tadi.

ABAM DEMAM PANAS SEJAK BEBERAPA HARI LALU

Sumber Instagram

Berita pemergian Abam ini disahkan sendiri oleh adiknya Ali Puteh yang mengesahkan abangnya itu menghembuskan nafas di kediamannya di Gombak. Menurut Ali lagi, Abam menggal dunia disebabkan demam panas yang dilaluinya sejak beberapa hari lepas.

Jenzah dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkburan Islam Sungai Pusu, Gombak selepas Asar nanti.

Sumber Instagram

Antara individu paling terkesan dengan pemergian Abam selain ahli keluarga adalah rakan seperjuangannya dalam industri hiburan iaitu Fad dan juga Achey. Ianya suatu tamparan besar buat mereka berdua.

FAD DI JEPUN, TAK DAPAT TATAP WAJAH TERAKHIR SAHABATNYA

Tambahan pula, Fad kini berada di Jepun tidak sempat untuk melihat wajah terakhir rakan baiknya itu. Justeru, menerusi perkongsian di laman instagram sebentar tadi, Achey meluahkan rasa sedih dan perasaan yang tidak kuat untuk menghadapi situasi ini seorang diri.

Meskipun begitu, Achey tetap bersyukur kerana ramai sahabat handai lain yang datang menziarahi memberikan kata-kata semangat.

Sama-sama kita doakan agar Abam ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Maka benar lah janji Allah bahawa umur bukan lah syarat kepada ajal. Diharapkan Fad dan Achey terus kuat menerima berita ini dalam meneruskan legasi lawak Bocey.

Kredit: Instagram Achey, Fad

Kongsi artikel ini: