Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Mulut Tiada Insurans, Anak Yang Dimalukan! DSV Beri Notis, Bakal Bawa Diva AA Ke Kandang Mahkamah

Awal bulan lalu penulis ada berkongsikan kisah yang mana kemelut sedang melanda antara dua nama besar iaitu Azwan Ali dan juga pengasas kosmetik Dato’ Seri Vida (DSV).

AZWAN ALI JADIKAN TUBUH BADAN CIK B SEBAGAI BAHAN

Ianya bermula apabila Azwan Ali ada berkongsikan video di laman Twitter telah membakar selendang dan juga minyak wangi, difahamkan diberi oleh DSV yang berjumlah ratusan ringgit.

Tak cukup dengan itu, Azwan Ali turut menjadikan bentuk fizikal DSV dan juga anak perempuan Cik B sebagai bahan untuk dimalukan. Dia telah melemparkan kata-kata berbaur bodyshaming.

BACA: Pedih Dengan Kata-Kata Diva AA Kepada Ibunya, Netizen Salute Cara Cik B Beri Respon

Selain itu, dapat dilihat dalam video yang dikongsikan Azwan Ali ada memetik dua lagi anak DSV yang meninggal dalam kejadian kebakaran. Sudah pasti ianya sesuatu perkara yang sangat tidak beradab dan langsung tiada sikap sensitif.

PUNCA TIDAK PUAS HATI, TIDAK TERIMA BAYARAN

Mendapatkan penjelasan DSV sendiri, dia memberitahu yang Azwan Ali tidak berpuas hati kerana tidak mendapat bayaran sewaktu membuat persembahan di karnival yang berlangsung di Angsana Johor Bahru Januari lalu.

Menurut DSV, pihaknya tidak membuat sebarang kontrak atau jemputan pun Azwan Ali untuk naik ke pentas sebaliknya berlaku apabila pengacara program menjemputnya tanpa pengetahuan pihak DSV sendiri.

Bagi DSV ianya sepatut bertindak profesional memandangkan Azwan Ali pada ketika itu merupakan antara usahawan yang menyertai karnival yang dianjurkan sebagai vendor.

SEPATUTNYA BOLEH BERBINCANG DAN BERSEMUKA

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur membuat andaian bahawa dia naik ke atas pentas sebagai mempromosikan produk jualan sebagai mana dilakukan oleh vendor yang lain.

Walau bagaimanapun, Azwan Ali telah mencetuskan topik sensitif dengan memetik bentuk fizikal Cik B dan juga tragedi yang berlaku kepada dua orang anak usahawan terkenal tersebut.

DSV ketika sidang media di Hotel Ancasa

Jadi, DSV menuntut agar Azwan Ali membuat permohonan maaf secara terbuka dan juga menerusi media. Tak cukup dengan itu, DSV meminta Diva berkenaan menandatangan surat akuan terbuka untuk menarik balik kenyataan dan video yang dimuat naik di media sosial.

AZWAN ALI DIBERI TEMPOH 48 JAM UNTUK BUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA

Tempoh diberikan 48 jam bermula petang Isnin dan sekiranya tuntutan ini tidak dibuat, maka DSV akan ke arah yang lebih serius iaitu failkan tindakan berbaur hinaan tersebut kepada pihak mahkamah.

Tambah DSV dalam kenyataanya, tujuan berbuat demikian adalah bagi mengelakkan dia tidak sewenang-wenangnya menggunakan bahasa sesuka hati dan juga memberi didikan kepada masyarakat terutama.

Kredit: MalaysiaGazette TV

Kongsi artikel ini: