Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Imej Baju Sendat, Tidak Bertudung Lagi! Penampilan Terbaru Penerbit A.Aida Jadi Tumpuan Ramai Peminat

Kisah rumah tangga penerbit terkenal iaitu Datuk A. Aida menjadi topik hangat April tahun lalu apabila rumah tangga yang dibina bersama pelakon kacak, Ariff Aziz berakhir di tengah jalan.

Perkahwinan yang dibina hanya bertahan Sembilan bulan sahaja apabila kedua mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

A.AIDA TAMPIL TIDAK BERTUDUNG LAGI DI AJL 34

Dan sejak bergelar isteri kepada Ariff terdahulu, A.Aida memilih untuk mengenakan hijab. Namun penampilan tersebut dilihat tidak kekal lama.

Malam tadi dia mucul di kaca TV bagi Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), ketika itu ditemubual oleh pengacara Awal Ashaari dan Sherry Alhadad.

Imej berbaju sendat dan tidak berhijab ternyata mengejutkan ramai pihak dengan penampilan barunya itu.

Enggan timbul salah faham peminat, A.Aida menjelaskan bahawa dia telah pun frehair sejak beberapa bulan yang lalu. Orang ramai mungkin tidak perasan. Tetapi, video work out di gym ada menggambarkan imej tersebut.

 

View this post on Instagram

 

x cukup power ke endurance kalau mcm ni?πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ€— @afampangpoint @coach__don18

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction) on

MOHON DOA YANG BAIK-BAIK SAHAJA BUATNYA

Memetik kenyataan A.Aida kepada Harian Metro, dia mengakui bahawa sudah tidak lagi berhijab. Enggan mengulas panjang berkaitan imejnya, A.Aida memohon maaf dengan keputusan mengejut dan meminta orang ramai doakan yang terbaik sahaja buatnya.

Difahamkan A.Aida ditemubual oleh Awal dan Sherry berikutan dia adalah penulis lirik kepada lagu Kisah Cinta Kita yang dipertandingkan malam tadi.

Melihat kepada reaksi peminat, sudah pasti ramai yang tidak menjangkakan keputusan penerbit terkenal ini. Cuma mereka berharap suatu hari nanti A.Aida diberikan petunjuk dan dibukakan pintu hati untuk berhijab semula.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: