Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Demi Sahabat! Achey Dan Fad Rela Ambil Alih Peninggalan Kerja Abam Yang Tertangguh Secara Percuma

Kehilangan sahabat karib merupakan suatu tamparan hebat buat Achey dan juga Fad. Selama bergelar ahli kumpulan Bocey, pelbagai anugerah dan kejayaan yang mereka raih bersama. Namun siapa sangka bahawa Abam terlebih dahulu meninggalkan mereka berdua.

BACA: Tiada Lagi Gemuk Is Awesome! Jiwa Achey Rapuh, Tak Dapat Hadap Kehilangan Abam Tanpa Fad

Difahamkan Fad kini berada di Jepun menjadikan suasana bertambah hiba kerana tidak sempat untuk menatap kali terakhir wajah rakan seperjuangannya ini. Namun apakan daya, hanya doa dari jauh sahaja yang mampu diiringi.

ACHEY DAN FAD RELA HATI AMBIL ALIH KERJA PENINGGALAN ABAM

Sebagai menghargai dan juga meringankan beban keluarga arwh, Achey dan Fad telah pun bersepakat untuk membantu dengan mengambil alih kerja atau mana-mana tawaran berlakon yang telah diterima Abam sebelum ini.

“Saya dan Fad berjanji jika ada kerja atau tawaran arwh yang masih tergantung, dalam penggambaran atau yang sudah diterima, kami sedia mengambil tugas itu secara percuma untuk dia serta keluarganya.” Memetik kenyataan Achey kepada mStar Online.

Pemergian Abam ini merupakan suatu tamparan besar buat ahli Bocey sendiri. Tanpa diduga dan langsung tidak memberikan apa-apa petanda, berita kehilangan pelawak berbakat besar adalah satu kerugian dalam industri hiburan.

DAH RANCANG UNTUK ADAKAN PROGRAM SENDIRI

Mana tidaknya baru beberapa hari lepas Achey dan Fad berborak dengan Abam melalui aplikasi whatsapp. Mereka sempat bergurau senda dan berbincang mengenai projek yang bakal dilaksanakan namun semuanya disusun cantik oleh Allah.

Dalam pada itu, Achey ada memberitahu bahawa mereka bertiga sebelum ini sudah pun bersepakat untuk mewujudkan sebuah program sendiri untuk peminat setia mereka. Apa pun projek tersebut perlu diteruskan jua kerana ianya adalah idea dari Abam juga.

Ini lah yang dinamakan adik beradik biarpun dari keluarga yang berbeza. Di atas faktor keserasian, mereka mampu bina hubungan baik sehingga lah sanggup bantu membantu untuk ringankan beban.

Kredit: mStar Online

Kongsi artikel ini: