Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bila Dah Takda Baru Orang Nampak Kebaikan! Fasha Sandha Kongsi Video Kemuliaan Hati Abam Bocey

Hari ini dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang pelawak terkenal iaitu Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan.

KEJUT BANGUN SUBUH TETAPI TIADA TINDAK BALAS

Menurut isterinya, Hidayah memberitahu yang sejak dua hari lalu lagi arwh ada mengalami demam dan ada mengadu sakit kepala. Namun dia enggan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Bila Hidayah ingin kejutkan dia untuk solat Subuh pagi tadi, Abam tidak memberikan apa-apa tindak balas.

Antara yang terkesan dengan berita ini sudah pasti ahli kumpulan Bocey itu sendiri iaitu Fad dan juga Achey. Dikhabarkan Fad kini berada di Jepun membuatkan lagi keadaan bertambah hiba.

BACA: Demi Sahabat! Achey Dan Fad Rela Ambil Alih Peninggalan Kerja Abam Yang Tertangguh Secara Percuma

FASHA SANDHA KONGSI KISAH KEBAIKAN ABAM

Tidak ketinggalan ada rakan artis yang lain turut meluahkan rasa sedih dan berkongsi semula momen sepanjang perkenalan dengan Allahyarham.

Yang menjadi tumpuan adalah Fasha Sandha yang mana berkongsi kebaikan peribadi yang dimiliki Abam sepanjang mereka mengenali antara satu sama lain.

Menerusi laman Instagram, Fasha membuka cerita ada mengahantar satu pesanan ringkas kepada arwh sebelum ini untuk membeli mee rebus.

ABAM TUNAIKAN HASRAT FASHA UNTUK MAKAN MEE REBUS

Pada mula Fasha sedikit hampa apabila Abam memaklumkan yang dia sudahpun tidak membuat mee rebus itu lagi.

Tetapi, demi membantu Fasha yang sedang sarat mengandung dan mengidam untuk makan, akhirnya Abam tunaikan juga hasrat Fasha.

SLIDE KE KANAN UNTUK TONTON VIDEO:

Dengan perkongsian Fasha ini, rata-rata peminat turut berasa terharu dan juga berkaca mata dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Abam. Hanya orang dekat dengannya sahaja yang tahu peribadi sebenar.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Kongsi artikel ini: