Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Binti Syed Hanafi memang di kenali ramai dengan gelagat yang dibuat gedik itu. Dia juga sangat terkenal dengan panggilan Kak Lina Pom Pom telah pun menamatkan status ibu tunggalnya itu pada Januari lalu bersama jejaka pilihan hati.
Pada tanggal 17 Januari lalu, Kak Lina Pom Pom telah bernikah bersama seorang jejaka yang merupakan seorang guru Geografi berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Majlis perkahwinan yang meriah itu menjadi tumpuan ramai dengan 5 majlis berasingan.
Kak Lina Pom Pom telah menjadi kegilaan ramai dengan watak yang dibawa bersama aktor kacak, Rashidi Ishak melalui drama Kampung People. Selesai drama itu, Kak Lina menghangatkan Malaysia dengan perkahwinan yang penuh gilang gemilang.
PASANGAN DUA SEJOLI, SAMA PADAN
Pelakon dan penyanyi itu kelihatan sangat bahagia dengan raut wajah yang dipamerkan setelah bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hatinya itu. Pasangan ini dikatakan pasangan dua sejoli yang sama sama padan, cantic dan kacak keduanya.
BACA : Boleh tahan! Dah lama peminat tunggu, akhirnya Elly Mazlein belanja wajah bakal suami
Kak Lina ada memberitahu kepada peminat bahawa dirinya kini semakin bahagia dengan ada suami tercinta, Muhammad Azlan Che Nuh disampingnya. Pandai mengambil hati anak perempuan dan bapa mertua membuatkan Kak Lina berasa Cikgu Azlan adalah pilihan yang tepat.
REAKSI SPONTAN APABILA DIKACAU SUAMI
Terbaru, menerusi satu video yang telah dimuat naik di akaun You Tube miliknya, Kak Lina telah memberikan satu respon spontan yang mencuit hati penonton.
Menerusi video yang berdurasi selama 18 minit dan 31 saat itu, Kak Lina sedang menunjukkan resepi untuk memasak ketam masak lemak resepi. Kak Lina dilihat sangat aktif di dapur dan berkongsi resepi bersama peminat sejak mendirikan rumah tangga.
penat la aku tgk kak lina ni hahahshah crack dia tkboleh bawak bincang. pic.twitter.com/xVkjxxaCr5
— 비비 (@bellansxrddn) February 8, 2020
Video itu telah dirakam di kediaman beliau dan suami. Sedang asyik memasak tiba tiba suami dengan spontan masuk ke halaman dapur dan telah memberi kucupan kepada isterinya itu.
HAHAHAHAHAHA YA ALLAH pic.twitter.com/qq7fFwMplu
— 비비 (@bellansxrddn) February 8, 2020
Kucupan itu membuatkan Kak Lina terkejut dan tak senang duduk. Sudah pasti respon nakalnya membuatkan penonton geli hati. Sekali gus video ini telah pun mencetuskan kekecohan bagi warganet yang sedang berstatus single kerana cemburu dengan mood honeymoon pasangan ini.
Sama-sama kita doakan kebahagiaan buat Kak Lina dan Cikgu Azlan kekal berpanjangan sehingga ke hujung nyawa.
Sumber : You Tube Elly Mazlein, Twitter bellansxrddn