Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Demi Anak Tercinta! Wanita Ini Masih Kerah Keringat Jual Kuih Di Jalanan Biar Tanpa Kedua Tangan, Kaki

Jika kita hidup dalam keadaan sentiasa bersyukur dan mengenal erti agama, nescaya perjalanan hidup sentiasa tenang biarpun berat mata yang memandang. Namun tak semua antara kita faham erti ujian yang Tuhan turunkan kepada hambaNya ini.

Apa yang kita tahu adalah merungut dan sering menyalahkan takdir. Ternyata berbeza dengan individu kurang upaya ini. Bergelar ibu tanpa mempunyai kedua-dua belah tangan dan kaki sangat lah berat untuk dia melalui kehidupan tatkala terpaksa membesarkan anak-anak.

SARA ANAK DENGAN HANYA MENJUAL KUIH DI JALANAN

Walau bagaimanapun, kekurangan ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencari nafkah hanya dengan menjual kuih di jalanan. Tidak ada sedikit pun kata kesal atau merungut yang terkeluar dari bibirnya.

Kisah ketabahan wanita ini dikongsikan sendiri oleh usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri melalui instagram miliknya beberapa jam yang lalu. Berikut perkongsian asal penulisan Aliff Syukri:

“Mak cik di sebelah abang ni memiliki aura yang sangat hebat. Di dalam kehidupan yang beliau tempuhi ketika ini, sangatlah mencabar kerana di dalam keadaan dirinya yang sangat teristimewa kerana mak cik ini tidak mempunyai kedua belah tangan dan kedua belah kaki yang cukup sifat.”

MAHAL PENGORBANAN SEORANG IBU

“Beliau sanggup membesarkan kedua-dua anaknya dan sekolahkan anaknya dengan pekerjaan yang beliau lakukan. Hanya dengan menjual kuih muih untuk menyara kehidupannya. Sangat mahal dan sungguh besar pengorbanan seorang ibu ini.”
“Semoga Mak cik ini dapat meneruskan kehidupan dengan sebaik mungkin dan dapat menjadi aspirasi kepada orang diluar sana.” Kongsi Aliff.
Sumber Instagram

Ibu tunggal ini dikenali sebagai Zarina binti Abu Safian atau lebih selesa disapa Kak Ina. Sebelum ini dia pernah mendapat liputan dan juga bantuan daripada beberapa youtuber terkenal Malaysia yang memaparkan kisah yang berlaku dalam hidupnya.

ADA DI SEKITAR LRT MASJID JAMEK DAN TAMAN SRI RAMPAI

Apa yang menjadi kekuatan kepada Kak Ina adalah impian dan juga hatinya yang ikhlas dalam mencari nafkah tanpa mengharapkan belas kasihan orang ramai demi membesarkan anak-anaknya.

Difahamkan dia sentiasa ada di sekitar Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur untuk menjual hasil kuih-muih yang dihasilkan setiap hari.

Semoga kisah Kak Ina ini dalam mengerah keringat mencari nafkah memberi contoh yang baik buat kita semua agar tidak pernah menyerah kalah dan juga salah sangka kepada ujian yang Tuhan aturkan buat hambanya.

Sumber: Instagram Dato’ Seri Aliff Syukri, Youtbe FS Channel

Kongsi artikel ini: