Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Keadaan adik Ainul Mardhiah sering mendapat perhatian orang ramai sejak kisahnya terdahulu yang mendapat rawatan membuang tumor di luar negara. Dia adalah antara penyebab ramai rakyat Malaysia bersatu hati dalam mendoakan kesihatan si cilik ini.
Sebelum ini penulis ada berkongsikan keadaan terkini adik Ainul yang mulai sihat. Berat badannya kian bertambah apabila kelihatan pipi mulai tembam berbanding sebelum ini, ketika berada dalam wad hospital.
BACA: Rambut Bertoncang Dua, Adik Ainul Mardhiah Kini Tembam & Comel Buat Ramai Netizen Geram
Antara orang kuat membantu kelancaran perjalanan adik Ainul sejak berita dia menghidap Germ Cell Tumor ialah Dr. Amalina Che Bakri.
AMBOI! AINUL DAH JADI MODEL!
Terbaru adik Ainul dikhabarkan telah menjalani pergambaran bagi suatu majalah kanak-kanak. Yang menariknya lagi, berita ini disampaikan sendiri oleh Dr. Amalina menerusi laman Twitter apabila dia berasa kagum dengan perkembangan terkini si cilik ini.
Amboiiiiiii Ainul dah jadi model 😂😍🥰 pic.twitter.com/b3Pei5b7Xj
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) February 8, 2020
Bukan sekadar bertambah sihat malah Ainul turut mendapat peluang untuk menjadi model. Perkara ini turut disahkan oleh ibu bapa Ainul sendiri apabila mereka turut berkongsikan perkara yang sama di laman Instagram.
BAKAL MENEMUI PEMBACA PADA EDISI APRIL MAJALAH PA & MA
Difahamkan kisah adik Ainul bakal disiarkan di majalah Pa & Ma pada edisi bulan April akan datang. Melihat sahaja ke ruangan komen, ramai netizen berasa sangat gembira dengan perkembangan positif adik Ainul.
Tak lupa juga mereka turut menyampaikan ucapan terima kasih buat Dr. Amalina kerana banyak membantu urusan perjalan dan mengendalikan pihak hospital di London. Mungkin tanpa usaha Dr. Amalina ini, adik Ainul tidak akan seperti keadaannya sekarang.
Semoga kisah adik Ainul menjadi inspirasi buat ibu bapa yang lain dalam berusaha dan bertawakal dalam menjaga anak kecil yang menghadapi masalah kesihatan.
Sumber: Twitter Dr. Amalina Che Bakri, Instagram Ahmad Safiudin