Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sikap Yang Tak Ada Pada Lelaki Lain! Rutin Pagi Solek Isteri, Man Raja Lawak Dipuji Sebagai Suami Mithali

Hubungan sebagai suami isteri memerlukan interaksi dua hala. Baru lah sesuatu hubungan itu akan mencapai kata sepakat atau lebih tepat lagi mengecapi bahagia seperti diinginkan. Ramai antara kita salah faham mengenai tanggungjawab.

Buka sahaja media sosial, masing-masing bertelagah memberi pendapat menegakkan hak masing-masing. Kaum lelaki menuntut hak mereka dilayan sebagai suami, begitu juga kaum wanita. Jika dibahaskan hal ini, sampai kesudah kita tidak akan menemui kesepakatan.

Sumber Instagram

BARANG MAKE UP, ISU SENSITIF UNTUK LELAKI

Seperti agama tetapkan, perkahwinan adalah untuk melengkapi antara suami dan juga isteri. Jadi, tidak salah sekiranya masing-masing merendah diri dan membantu untuk meringankan beban tugas yang dipikul.

Para lelaki selalunya sedikit sensitif jika isteri buka mulut hal kecantikan. Bagi mereka, barangan make up mahal dan membazir. Berbeza dengan seorang pelawak terkenal tanah air iaitu Man Raja Lawak.

MAN RAJA LAWAK JADI JURU SOLEK ISTERI

Man yang sebelum ini diangkat sebagai juara Raja Lawak sangat menghormati dan memberi sokongan kepada isteri tersayang dalam urusan mendandan. Difahamkan juga, Man mempunyai bakat dalam diam menyolek wajah.

Sumber Instagram

Bukan sekadar omong kosong, semalam dia ada memuat naik satu video di laman Instagram miliknya yang mana sedang khusyuk menyolek wajah isteri kesayangan. Jelas Man, itu bukan lah pertama kali malah ianya adalah rutin harian.

RUTIN SETIAP PAGI, 10 MINIT UNTUK BAHAGIAKAN ISTERI

Setiap pagi dia akan menatas rias wajah isteri sebelum ke tempat kerja. Tambah pelawak ini lagi, untuk menyolek tidak memerlukan masa yang lama. Cukup sekadar 10 minit untuk membahagiakan si isteri.

Bagi penulis, bukan senang untuk kita lihat seorang suami berbakat besar seperti Man ini. Ini lah yang dinamakan bahagia isteri dari segi luar dan dalam. Bila isteri berasa bahagia, sudah pasti semakin dimurahkan rezeki.

Semoga perkongsian dari Man ini membuka mata ramai orang kita dalam memahami erti sebenar sesuatu hubungan bahagia. Bertolak ansur dan merendah diri adalah kunci untuk pasangan suami isteri.

Sumber: Instagram Man Raja Lawak

Kongsi artikel ini: