Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Neelofa Terima Gaji RM200K Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Air Asia! Lain Pula Respon Warganet

Neelofa merupakan salah seorang selebriti yang bijak menggunakan peluang dalam urusan perniagaan. Lihat sahaja kejayaan yang dikecapinya kini, semuanya adalah dari hasil usaha kerja keras selama bertahun-tahun dalam dunia seni hiburan.

Sumber Instagram

Memiliki jenama sendiri dalam penghasilan hijab adalah salah satu kemasyuran yang boleh dibanggakan artis kelahiran Pasir Mas ini. Memiliki syarikat Naelofar membuatkan ramai syarikat besar ingin mengusaha sama perniagaan bersamanya.

BACA: Aura Negatif Jadi Positif! Neelofa Pernah Gagal 2 Kali Bercinta, Jadi Punca Kejayaan. Ikuti Luahan Hatinya

NEELOFA DILANTIK PENGARAH BEBAS BUKAN EKSEKUTIF AIR ASIA, TERIMA RM 279,375 SETAHUN

Salah satunya adalah syarikat penerbangan tambang murah terkenal tanah air iaitu Air Asia telah melamar Neelofa pengarah bebas bukan eksekutif untuk syarikat tersebut. Ianya berkuatkuasa sejak tahun Disember 2017 lagi.

Sumber Twitter

Sejak beberapa hari lepas, heboh di media sosial tentang bayaran yang diterima oleh selebriti cantik ini selama bersama Air Asia. Menurut akaun Twitter cocorello, selama Neelofa menjadi salah seorang ahli lembaga safety review board dia telah memperoleh jumlah yang sangat besar.

Sumber Twitter

Difahamkan jumlah pendapatannya adalah RM 279,375 setahun dan ianya tidak termaksuk elaun sebanyak RM 8,000. Melihat kepada reaksi warganet, mereka tidak ada masalah dengan jumlah yang diterima memandangkan Air Asia merupakan syarikat swasta besar dan sangat terkenal.

Sumber Twitter

WARGANET PERTIKAI KREDIBILITI NEELOFA DALAM BIDANG PENERBANGAN

Cuma apa yang diperkatakan adalah kredibiliti dari Neelofa itu sendiri sebagai safety review board Air Asia yang rata-rata seperti kita ketahui dia bukan lah dari individu berlatarbelakang bidang penerbangan.

Sumber Twitter

Bagi penulis, perihal layak atau tidak sudah pasti ianya telah pun disemak oleh pihak pengurusan atasan syarikat. Apa pun tahniah buat Neelofa kerana meraih banyak kejayaan sejak akhir-akhir ini dan diharapkan menjadi inspirasi buat kita semua.

Sumber: Twitter cocorello

Kongsi artikel ini: