Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Perlu Lama Bersedih! Sedang Dilamun Cinta, Zara Zya Difahamkan Dah Jumpa Pengganti Hati

Impian untuk hidup bersama tidak kesampaian. Itu lah yang terjadi kepada aktres cantik Zara Zya dan juga Hafreez Adam. Mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada penghujung tahun lalu setelah kedua mereka dilihat tidak menemui jalan penyelesaian untuk berbaik.

BACA: Ini bukan penamat yang diidamkan! Hafreez Adam, Zara Zya akur jodoh bukan milik mereka. 2 tahun belum cukup untuk kenal

BELUM MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN

Biarpun dua tahun melalui detik bahagia sebagai pasangan kekasih, Hafreez ada memberitahu bahawa tempoh itu masih belum cukup untuk mereka mengenali antara satu sama lain.

Kita hanya mampu merancang, yang berkuasa untuk menentukan adalah Sang Pencipta. Walau bagaimanapun, tak sampai dua bulan mereka berpisah, timbul pula cerita mengatakan Zara Zya sudah pun berjaya mengisi kekosongan hati.

Sumber Instagram

ZARA ZYA DAH MENEMUI PENGGANTI

Difahamkan jejaka bertuah yang berjaya memikat hati Zara Zya ialah rakan artis juga iaitu Azlee Khairi. Sebelum ini mereka ada digandingkan bersama dalam drama Seadanya Aku.

Yang menguatkan lagi dakwaan kisah cinta mereka ini adalah apabila beberapa hari lepas, Zara Zya ada memuat naik gambar di laman instagram miliknya dengan menulis kepsyen bertanyakan pada pengikut, apa yang diinginkan dalam hidup jika diberi pilihan.

Sumber Instagram

BERI BAYANGAN MELALUI KOMEN DI IG

Menariknya, aktor Azlee Khairi ada meninggalkan komen pendek untuk hidup bersama Zara Zya di luar lokasi pergambaran. Sudah pasti dengan komen ini menarik mata ramai peminat.

Sumber Instagram

Melihat kepada reaksi peminat, mereka seolah-olah merestui hubungan antara mereka berdua ini. Cuma yang menjadi persoalan adalah status sebenar aktor ini yang difahamkan sudahpun mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita warganegara Brunei.

DESAS DESUS AZLEE KEMBALI SOLO

Tetapi ada pula cerita memberitahu Azlee telah kembali solo. Disebabkan itu lah dia kembali aktif dalam bidang lakonan. Sehingga hari ini, kedua mereka masih mendiamkan diri status sebenar dan kisah cinta yang bertebaran.

Sumber Instagram

Kalau masing-masing dah solo, rasanya tak salah kalau kedua mereka mengambil jalan untuk bersama. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik dan nantikan kesudahan kisah mereka berdua ini.

Sumber: Instagram Zara Zya

Kongsi artikel ini: