Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap hari kisah Sajat sahaja yang menjadi bualan warganet. Nampaknya isu Sajat dan rakan-rakan di Tanah Suci bukan lah perkara remeh. Ramai yang menegur bukan sebab membenci, tapi tidak mahu mereka terpesong dengan lebih jauh lagi.
Penulis difahamkan Sajat dan rakan-rakannya itu telahpun pulang ke Malaysia hari ini dan tiba pada jam 5 pagi tadi. Mereka pulang sehari lebih awal daripada perancangan mereka sebelum ini.
INSTAGRAM SAJAT DAH TAK PRIVASI
Jika anda perasaan, sebelum ini Sajat ada menukar privasi instagram miliknya sejak kisahnya bertudung di Mekah menjadi bualan ramai. Namun akhirnya usahawan selebriti ini ada menukarnya semula kepada tatapan umum.
Enggan berahsia lagi, Sajat dilihat berani menayangkan segala aktiviti sepanjang ibadah umrahnya di laman sosial.
Dalam perkembangan terbaru, rakan baik Sajat iaitu Mokkay ada memuat naik status di instagram pada malam tadi. Berkongsikan perasaan syukur dijemput sebagai tetamu Allah, Mokkay berasa bangga dapat merasai detik itu biarpun merasakan dirinya belum sempurna.
TAK KISAH APA ORANG KATA, BANGGA JADI TETAMU ALLAH
Dalam pada itu, rakan baik Sajat ini ada berpesan agar orang ramai jangan terlalu cepat menghukum kerana setiap kesalahan yang dilakukan boleh diampuni. Jika nak berdakwah sekali pun biarlah cara baik dan bukannya dalam bentuk mengata.
URUSAN DIPERMUDAHKAN
Kongsi Mokkay lagi, selama mereka di sana segala urusan dipermudahkan tanpa halangan. Dia dilihat sempat menitipkan doa agar orang lain juga dapat merasai peluang seperti mana mereka lalui akhir-akhir ini.
Yang menariknya, ada suatu komen dari individu yang tidak dikenali menyatakan bahawa umrah yang mereka lakukan itu tidak sah. Sebabnya lelaki haram memakai pakaian berjahit. Walau bagaimanpun Mokkay dilihat tenang menjawab persoalan itu.
DAH BAYAR DAM PAKAI BAJU WANITA
Jelas Mokkay, dia telah pun membayar dam ataupun denda di atas kesalahan memakai pakaian wanita seperti diketahui umum. Namun tidak dijelaskan secara tepat mengenai perkara tersebut.
Justeru, sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka dan diharapkan kejadian ini membuka mata orang ramai bahawa bila isu agama dipandang remeh, ianya mampu menghuru-harakan keadaan sesuatu kaum.
Sumber: Instagram Mokkay