Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Demi Kelangsungan Kerjaya, Ilya Senario Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka. Jadi Pengajaran & Lebih Berhati-Hati

Wajahnya dulu sering mengamatkan suasana keluarga. Dia antara ahli kumpulan lawak terkenal, Senario yang masih lagi aktif dalam industri hiburan tanah air. Ilya Buang bin Shaharum atau lebih selesa dipanggil Pak Ya antara artis komedi senior yang masih mendapat tempat di hati peminat.

PAK YA KENA SEKAT, TAK DAPAT BUAT PERSEMBAHAN BERSAMA SEPAHTU REUNION LIVE

Sebelum ini penulis ada berkongsikan nasib kurang baik yang dihadapi oleh pelawak ini apabila difahamkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melarang atau pun lebih tepat lagi menyekat Pak Ya dari membuat persembahan dalam sitkom Sepahtu Reunion Live 2020.

Ini berikutan persembahannya ketika bersama kumpulan Rare yang dianggotai bersama Ajak Shiro dan Ropie Cecupak dalam program Maharaja Lawak Mega 2019 baru-baru ini, yang mana telah menyentuh pentadbiran kerajaan dalam menangani isu air.

BACA: Tiada kelibat Ilya Senario dalam Sepahtu Reunion! Tak sepatutnya sekat rezeki artis macam ni

KUMPULAN RARE TAMPIL MOHON MAAF SECARA TERBUKA

Sehubungan dengan itu, untuk menyelesaikan isu ini daripada terus disekat, Pak Ya dan ahli kumpulan Rare yang lain tampil memohon maaf secara terbuka dalam aksi ataupun lontaran dialog yang menyinggung pihak-pihak tertentu dalam persembahan mereka sebelum ini.

“Kami ingin memohon maaf kepada pihak MBSA dan penonton atas apa yang berlaku semasa membuat persembahan MLM 2019.”

MENJADI IKTIBAR DALAM MENJAGA SENSITIVI KETIKA MELAWAK

“Kami berharap agar tidak ada lagi mana-mana pihak yang berdendam dengan kumpulan Rare. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat kami.”
“Kami juga mahu isu ini berakhir dengan aman dan turut mengambil iktibar atas apa yang berlaku.” Demikian memetik kenyataan Pak Ya kepada mStar Online.

Diharapkan dengan permohonan maaf secara terbuka oleh kumpulan Rare ini dapat diterima baik oleh pihak MBSA terutamanya. Dan juga kerjayanya sebagai pelawak dapat diteruskan dalam memenuhi persembahan bersama kumpulan Sepahtu selepas ini.

Kredit: mStar Online, Instagram Ilya Buang

Kongsi artikel ini: