Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Instafamous Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina pernah menjadi bualan ramai suatu ketika dahulu. Kisah cinta mereka sejak sebelum kahwin sudah pun diminati ramai dek kerana sikap dan layanan romantis Hafiz kepada Aina.
Jika anda masih ingat, Hafiz pernah menjadi tumpuan tak lama dahulu kerana sanggup menyewa sebuah limousin hanya semata-mata ingin meraikan hari jadi Aina, waktu itu mereka masih hanya pasangan kekasih.
RAMAI DAMBAKAN LELAKI MACAM HAFIZ MAHAMAD
Ramai para gadis mendambakan lelaki yang bersikap seperti Hafiz ini. Mana tidaknya layan seorang wanita seperti puteri kayangan. Sekali gus menimbulkan perasaan kurang selesa daripada kaum lelaki terutamanya.
Kejayaan demi kejayaan Hafiz dan Aini raih setelah berkahwin. Perniagaan semakin maju dan kehidupan mereka bertambah ceria dengan kehadiran puteri sulong mereka. Seingat penulis, mereka sudah pun tiga kali dijemput sebagai tetamu di Tanah Suci.
TUNAI UMRAH DENGAN KELUARGA KECIL
Suatu impian kesemua umat Islam untuk berada di sana. Menjengah ke laman Instagram Hafiz, dia ada berkongsikan pengalaman baru ketika menunaikan ibadah umrah pada kali ini. Kali ini lebih bermakna kerana keluarga kecilnya berkumpul dan ada bersama merasai suasana di kota Mekah.
Mengimbau kembali saat dia dan Aina yang terlalu inginkan zuriat, hajatnya disampaikan di depan kaabah melalui doa seorang teman. Waktu itu rakannya sedang menunaikan haji dan akhirnya doa mereka terjawab apabila 2 minggu kemudian Aina disahkan hamil.
DI BUMI MEKAH AKU MEMOHON, DI SINI JUGA AKU BAWA HASILNYA
Bertapa hebat dan berkatnya doa di Tanah Suci sekiranya kita benar-benar ikhlas inginkan sesuatu dengan penuh tanggungjawab. Dalam penulisan, Hafiz dilihat sempat berpesan agar anaknya kelak dapat menjadi insan yang berguna, dapat membantu ramai orang Islam.
Semoga perkongsian dari kisah cinta Hafiz dan Aina ini memberikan kita inspirasi dalam meletakkan agama sebagai tunjang kepada sesebuah hubungan.
Sumber: Instagram Hafiz Mahamad