Mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci menjadi topik hangat warganet sejak akhir-akhir ini. Makkah adalah destinasi impian oleh umat Islam. Namun tidak semua bernasib baik atau berpeluang menjejakkan kaki ke sana.
Ini berikutan kos mengerjakan umrah nilainya mencecah ribuan ringgit yang mana tak semua orang mampu. Merasai detik di Tanah Suci adalah suatu perkara yang luar biasa dan tidak akan ada di tempat lain.
Sumber Instagram
Dalam berkongsikan perasaan ini, selebriti wanita yang terkenal dengan sikap versatil iaitu Zulin Aziz menceritakan pengalamannya sendiri saat sepanjang berada di Makkah dalam menunaikan ibadah umrah.
DUA KALI PERGI UMRAH MELALUI ZAYYAN
“Terima kasih @zayyan_kuala_lumpur terbangkan saya ke Tanah suci buat kali ke-2. Kali pertama pun dengan Zayyan. Kenapa saya pilih zayyan lagi sbab sangat mudah berurusan degan zayyan. Mutawif dan mutawifah yangg selesa kita nak kongsi cerita, dah macam family.”
“Kami masih berhubung baik walau dah setahun berlalu. Saya selesa. Masa umrah pertama, saya kongsi kisah suka duka saya, mereka kongsi pendapat, saya dapat sedikit rujukan. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.”
Sumber Instagram
“Saya tak pernah putus berdoa semoga saya dapat jejak kaki lagi ke tanah suci. Rindunya. Disana saya dapat fokus ibadah. Berlari lari mengejar waktu solat, tak mau terlewat, tak nak tertangguh walau sesaat.”
RINDU DENGAN SUASANA BERLUMBA-LUMBA UNTUK BERIBADAT
“Macamana tak rindu? Disana berlumba lumba nak buat pahala. Masa di depan kaabah, saya berdoa tntang sesuatu. Hari hari disana saya minta petunjuk. Balik dari mekah saya sangat bahagia. Sangat. Hari demi hari saya bertambah bahagia. Allah jawab doa saya.”
“Dan. Ya Allah tunjuk satu persatu. Bahagia yang saya nak tu bukan bahagia yangg paling pantas untuk saya. Seperti apakah? panjang ceritanya. Allah suntik kekuatan dalam diri ini. Biarlah hilang kebahagiaan yang saya nak sangat tu asalkan tak menyesal dikemudian hari.”
“Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini. Terimalah aku sebagai tetamuMu lagi. Ada banyak yang jadi aku nak mengadu, berterima kasih dan bersyukur. Ya Allah jemputlah juga mereka yang berniat, Mampukanlah mereka ya Allah, Permudahkanlah ya Allah.” Kongsi panjang lebar Zulin.
Sumber Instagram
Keadaan sebegini lah yang didambakan ramai umat Islam dalam mencari ketenangan dan juga kejayaan buat dunia akhirat. Semuanya berdasarkan niat baik kita untuk ke sana. Ikhlas dalam mencari redha Tuhan, maka segalanya akan dipermudahkan.
Semoga dengan perkongsian Zulin ini menyuntik semangat kita dalam berusaha untuk berada di Tanah Suci jua kelak sebagai tetamuNya.