Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Musyikil! Mutawif Tak Rasa Besalah Minum Semeja Dengan Sajat Yang Bertudung. Timbul Kekeliruan Netizen

Sedih bila bercerita tentang golongan yang mempersendakan agama. Merasakan dirinya betul, dan tidak menerima hukuman di Tanah Suci membuatkan lagi si pelaku berasa gah dan terus menerus berasa ego.

Sumber Instagram

SAJAT MASIH BERTUDUNG DI TANAH SUCI

Muhammad Sajjad menjadi bualan kerana sikapnya yang membelakangkan hukum agama dengan berpakaian wanita ketika melakukan ibadah umrah. Niat di hati ingin buktikan dirinya sebagai wanita, namun sebaliknya pula berlaku.

BACA: Dah Terjawab! Agensi Umrah Dipanggil Bertemu Mujahid, Sajat Perlu Tunai Umrah Ikut Kejadian Asal

Dalam perkembangan terbaru, difahamkan usahawan selebriti ini masih berada di Tanah Suci. Tanpa segan silu, dia dan beberapa lagi temannya masih berpenampilan wanita menyebabkan kekeliruan ramai pihak.

Sumber Facebook

BACA: Kerasnya Hati! Sajat Masih Pakai Telekung Di Makkah. Muat Naik Video Sedekah, Tulis Kepsyen Bangga

MUTAWIF DAN SAJAT DUDUK SEMEJA

PU Rahmat ada berkongsikan kejadian mengenai Sajat ini menerusi laman Facebook miliknya. PU Rahmat dalam penulisannya persoalkan tanggungjawab mutawif yang dilantik oleh travel agency yang telah membawa Sajat menunaikan umrah.

Perkongsian PU Rahmat ini memaparkan Sajat bersama mutawifnya sedang duduk semeja. Ketika itu Sajat masih lengkap bertudung dan berjubah wanita.

Secara tidak langsung kejadian ini menimbulkan persoalan PU Rahmat kepada mutawif berkenaan sama ada duduk semeja dengan lelaki berpakaian wanita adalah suatu perkara di luar jangkaan.

PU RAHMAT TUNTUT PENJELASAN DARI TRAVEL AGENCY

Sebagai seorang muslim dan bertanggungjawab kepada agamanya harus lah tegas dalam menangani perkara sebegini. PU Rahmat turut dilihat mempersoalkan perjanjian termeterai antara kedua pihak mereka sehinggakan tidak berani mengambil tindakan.

Sumber Facebook

Untuk mendapatkan penjelasan, PU Rahmat dilihat ada meninggalkan nombor telefonnya agar pihak Travel Agency memberikan penerangan dengan kejadian yang berlaku ini kepadanya.

Rasanya pihak berwajib perlu memandang serius perkara ini agar nama baik agama terpelihara dan tidak mencetuskan kekeliruan ramai pihak.

Sehingga hari ini netizen sudah cukup menunjukkan rasa tidak puas hati ke atas kelemahan yang berlaku dalam membiarkan golongan sebegini mengambil kesempatan.

Sumber: Facebook PU Rahmat

Kongsi artikel ini: