Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Masih Ada! Cikgu Ini Kongsikan Kisah Pelajarnya Yang Tak Pernah Makan Ayam Buat Ramai Rasa Sebak

Hidup di zaman kini penuh dengan pancaroba. Ada yang didatangkan ujian dengan harta kekayaan. Ada pula yang sebaliknya. Setengah pihak lantang bersuara, golongan miskin ini hidup daif kerana sikap malas.

KAYA HARTA ITU ADALAH UJIAN

Tanpa menjaga sensitiviti, golongan sebegini tidak peka dengan tahap keterbukaan ataupun pemikiran golongan yang diuji dengan kesempitan. Jika mereka mampu berfikir di luar kotak, sudah pasti nasib mereka tidak jadi sebegitu.

Seharusnya kita membantu mereka dalam erti kata lain memberi mereka bukan sekadar peluang malah tunjuk ajar dalam menjadi seorang yang berjaya.

Bercerita perihal miskin harta, seorang penceramah motivasi bebas dan juga seorang guru, dikenali sebagai Cikgu Emmet Menulis di laman Facebook ada berkongsikan kisah menyayat hati. Berkisarkan pelajar B40 di sekolah asrama yang tak pernah merasa makan ayam.

Gambar sekadar hiasan

MASIH ADA GOLONGAN YANG TAK PERNAH MAKAN AYAM

Tanya diri anda. Dalam sehari berapa kali kita makan berlaukkan ayam? Maka nilai lah sendiri dengan kemampuan orang tua kepada pelajar-pelajar ini. Dalam berkongsikan rasa, berikut adalah penulisan asal Cikgu Emmet:

“Saya tak pernah makan ayam sesedap ini. Masa sekolah rendah saya jarang makan ayam. Ayam di asrama ni sedap dan besar. Saya teringat adik adik saya dirumah. Katanya sambil mengesat airmata.”
“Keputusan mantan menteri pendidikan Dr Maszlee Malik memberi keutamaan kepada anak anak golongan B40 untuk belajar di sekolah berasrama penuh sebenarnya memberi satu rahmat kepada golongan tidak berkemampuan tetapi memiliki anak yang bijak.”
Gambar sekadar hiasan
“Sejak kemasukan ramai anak-anak B40 ini ke MRSM atas inisiatif YB Datuk Rina Harun, beberapa rakan guru saya bercerita tentang ketabahan dan kekuatan jiwa anak anak ini hidup mandiri jauh dari ibubapa dengan belanja kewangan yang terhad.”

KEWANGAN TERHAD, MEMAKSA PELAJAR UNTUK PUASA

“Cikgu, saya pernah terserempak dengan seorang pelajar yang duduk bersendirian di sebuah kerusi jauh dari kafeteria pada waktu rehat. Saya mendekati pelajar itu kerana saya mengajar di kelasnya.”
“Saya bertanya padanya. Kenapa kamu tak makan di kantin? Saya takda duit cikgu. Katanya. Tak sampai hati saya melihatnya begitu. Saya memberikan wang untuk dia makan di kantin.”
“Bergegas dia berlari ke kafe selepas mengucap terima kasih berkali kali. Allah sayu saya tengok cikgu. Kata rakan kepada saya.”
“Saya kerap melihat anak anak murid golongan B40 ini berpuasa sunat pada hari isnin dan khamis. Bila ditanya mereka menjawab kami kena jimat duit. Jadi kami berpuasa untuk mendapat pahala selain untuk berjimat.”
Sumber Facebook

MAKAN SAMBIL TERINGAT ADIK KAT RUMAH

“Di sebuah sekolah SBP lain pula seorang guru warden bercerita kepada saya semasa menjaga dewan makan dia melihat seorang murid tingkatan satu duduk disudut agak jauh dan makan sambil mengesat airmata. Bila guru bertanya kenapa kamu menangis? Ada orang buli kamu ke?
“Dia menjawab. Tak cikgu. Saya tak pernah makan ayam sesedap ini. Masa sekolah rendah saya jarang makan ayam. Ayam di asrama ni sedap dan besar. Saya teringat adik adik saya dirumah. Katanya sambil mengesat airmata.”
“Allahu. Terbungkam gurunya mendengar sambil mengurut belakang muridnya. Takpa. Kamu makanlah lepas ni kamu solat doakan adik adik kamu dapat masuk SBP dan dapat makan sedap sedap.”
“Kesimpulannya ramai anak anak dari golongan b40 mendapat manafaat daripada kemasukan ke sekolah elit seperti ini. Mereka mungkin Zero sekarang tapi selepas SPM nanti akan keluar menjadi Hero kepada bangsa agama dan negara.” Kongsi panjang penceramah motivasi ini.

Diharapkan dengan perkongsian Cikgu Emmet ini membuka mata hati kita untuk menjadi insan yang kenal erti bersyukur. Ringankan tangan untuk menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Dalam rezeki kita turut tertulis untuk dikongsikan bersama yang lain. Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima.

Sumber: Facebook Cikgu Emmet Menulis

Kongsi artikel ini: