Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bukan Mudah! Rita Rudaini Sedia Tamatkan Zaman Ibu Tunggal Jika Ada Yang Boleh Terima Permintaannya Ini

Kehidupan Rita Rudaini binti Mokhtar mungkin tidak seindah seperti rakan artis yang lain. Bekas finalis Dewi Remaja 98/99 ini pernah gagal dua kali dalam kisah rumah tangganya. Pada tahun 1999, ketika itu Rita baru berusia 23 tahun telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Akbar Shaari.

PERNAH DIKAITKAN DENGAN RAMAI ARTIS LELAKI

Namun mereka tidak bertahan lama apabila membawa haluan masing-masing pada tahun 2001. Sepanjang kariernya, ramai nama artis lelaki yang dikaitkan dengan bintang Filem Mami Jarum Junior ini seperti Hans Isaac, Sham Kamikaze, Fazley Yaakob dan ramai lagi.

Mungkin tiada jodoh, kesemua mereka hanya lah sebuah kisah gosip dari media sahaja. Pada Disember 2008, nama Rita dan pemain bola terkenal Aidil menjadi bualan banyak pihak. Mereka difahamkan bercinta dan bernikah di Songkla, Thailand dalam diam tanpa pengetahuan keluarga.

RITA DAN AIDIL AKHIRNYA AKUI KAHWIN LARI

Dek kerana berita bertebaran memaksa Rita dan Aidil tampil memberi penjelasan mengakui tentang perkahwinan tersebut dengan alasan keluarga di pihak Aidil tidak bersetuju dengan hubungan mereka berdua ini.

Kisah perkahwinan mereka hanya sempat bertahan sehingga 5 tahun. Mereka dikhabarkan berpisah pada tahun 2013 ekoran campur tangan keluarga dan Rita menjadi mangsa kebencian ipar duai keluarga Aidil. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Hampir tujuh tahun Rita bergelar ibu tunggal, membesarkan anak seorang diri, pelakon jelita ini meluahkan rasa redha dengan ujian yang diberikan kepadanya.

MASUK LAH MEMINANG KALAU DAH BERSEDIA UNTUK JADI BAPA SEGERA

Bersoal pasal jodoh, Rita menjelaskan dia tiada masalah untuk membina rumah tangga. Sebelum ini pun ada rakan yang cuba tawarkan diri untuk mencari jodoh buatnya. Jelas Rita, lelaki yang ingin menjadi suaminya perlu lah bersedia menjadi bapa segera buat dua orang anaknya itu.

Anak-anak adalah keutamaannya sekarang. Jika boleh terima anak, maka mana-mana lelaki boleh masuk untuk meminangnya. Anak-anak sedang membesar jadi banyak keperluan penting yang perlu Rita sediakan untuk anak.

Tiada istilah sunyi dalam kehidupan aktres ini kerana anak-anak sentiasa menjadi peneman setia dan menceriakan setiap hari.

Sama-sama kita doakan agar Rita bertemu jodoh dengan seseorang yang bertanggungjawab dan memiliki sikap seperti mana yang dia dambakan agar kisah silam tidak berulang kembali.

Kongsi artikel ini: